Sunday, November 4, 2012

Konvensyen Ilmuwan Muda 2012 - Hari Kedua


HAYYU SADIS, MADINAT NASR, KAHERAH, MESIR- Pada hari Ahad lepas iaitu 19hb Zulhijjah 1433H bersamaan dengan 4hb November 2012M telah berlangsung Majlis Ilmuan anjuran Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi hari kedua di Dewan Kuliah Soidalah, Universiti Al-Azhar lil Banat.

Acara dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama mengenai Fiqh Semasa yang bertajuk ‘Siasah Syar’iyah’ yang disampaikan oleh Dr. Sayyid Abu Syanab. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai politik Islam yang sebenar.

Setelah selesai solat Zuhur dan makan tengahari, acara dilanjutkan dengan pembentangan kertas kerja kedua juga mengenai Fiqh Semasa yang bertajuk Ekonomi Islam yang disampaikan oleh Dr. Samir Radwan. Antaranya beliau menjelaskan kedudukan saham dalam agama Islam.

Di sebelah malam pula, acara disambung dengan perbentangan mengenai Kegemilangan Era Pentadbiran Khilafah. Perbentangan ini terbahagi kepada dua; satu, Khilafah Umawiyyah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Akli Muhammad dan kedua, Khilafah Abbasiyyah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zahari Ali.

Acara pada hari ini diselang-selikan dan dimeriahkan dengan persembahan Burdah yang dibawakan oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang menuntut di Bumi Mesir ini.

Ingin saya memetik kata-kata terakhir dari pembentang terakhir, “Islam pasti akan menang.” In sha Allah. Diharapkan semua peserta majlis ilmu yang antaranya mahasiswa-mahasiswi Brunei dapat mengambil ikhtibar serta manfaat untuk diri mereka dan masyarakat Brunei nanti.

Disediakan oleh: Ustazah Hajah Siti Nurul Hazwani binti Haji Mohd Yussof.

No comments:

Post a Comment