Tuesday, September 29, 2015

Majlis Ibadah Korban bersempena Hari Raya AidilAdha 1436H

Hari Sabtu, 26hb September 2015M bersamaan dengan 12hb Zulhijjah 1436H - Alhamdulillah, majlis ibadah korban yag dikendalikan oleh Unit Agama Dan Akhlak pada tahun ini telah berjalan dengan lancar. Majlis tersebut diadakan di bangunan An-Nur dan Darussalam, Hayy Sadis, Kaherah, Mesir dan dihadiri oleh Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Mesir, Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin beserta keluarga dan pegawai-pegawai kedutaan yang lain dan penuntut-penutut yang berada di Mesir.



Sebanyak 12 ekor kambing dan 2 ekor  kerbau telah pun dikorbankan pada hari tersebut. Penyembelihan bermula kira-kira pada jam 8.30 pagi. Daging-daging yang sudah disembelih dihantar ke Minihall untuk dibahagi-bahagikan dan dimasak oleh mahasiswa-mahasiswi yang berada di Kaherah, Mesir.

Sejurus selepas menunaikan solat fardu Zohor berjemaah, majlis pengagihan daging korban kepada pegawai-pegawai kedutaan dan penuntut-penuntut dimulakan. Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Sesi pengagihan daging korban bagi pegawai-pegawai kedutaan dan penuntut-penuntut lelaki telah diagihkan oleh Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin  Haji Hussin. Manakala pengagihan daging korban bagi isteri-isteri pegawai kedutaan dan penuntut-penuntut perempuan telah diagihkan oleh isteri Duta Besar, Ustazah Sarimah binti Haji Ahmad.



Bagi penutup majlis korban pada tahun ini, doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Awangku Muhd Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sallehuddin dan bersurai.

Untuk melihat gambar-gambar pada majlis tersebut, إضغط هنا