Friday, June 19, 2015

Lawatan Rasmi Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir

Selasa, 16 Jun 2015 - Lawatan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir telah diadakan di bangunan kediaman khas pelajar Brunei Darussalam di Kaherah, Mesir. Lawatan tersebut diselajurkan dengan Majlis Ramah Mesra bersama mahasiswa-mahasiswi Brunei Darussalam yang masih berada di Kaherah, Mesir.

Tuan Yang Terutama berkesempatan melawat dua buah bangunan yang menempatkan mahasiswa dan mahasiswi Brunei, iaitu bangunan An-Nur dan Darussalam.


Setelah solat Maghrib berjemaah, majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Surah Al- Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Azim Bin Hj Adanan.




Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Ustaz Md Thaqif Bin Hj Baha, Presiden Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah. Beliau turut mengongsikan serba sedikit info BKPBDK serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.









Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Ustaz Sirimi Bin Jamali, Pegawai Kesejahteraan Negara Brunei Darussalam Ke Republik Arab Mesir. Beliau turut menyentuh mengenai statistik kediaman mahasiswa-mahasiswi Brunei Darussalam disekitar Kaherah, Mesir.







Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari tetamu kehormat majlis, Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin. 

TYT yang cukup berpengalaman sebagai bekas mahasiswa Universiti Al-Azhar sempat mengongsikan serba sedikit pengalaman Beliau ketika menimba ilmu di bumi Mesir ini. TYT juga turut memberi nasihat dan galakan kepada mahasiswa-mahasiswi untuk mendalami ilmu pengetahuan sesuai dengan harapan negara.



Majlis diakhiri dgn bacaan doa selamat yang dipimpim oleh Ust. Hairol Nizam Bin Muhammad.