Saturday, January 23, 2016

MAJLIS PEMBUKA TIRAI BKPBDK SESI 2015/2016




Disediakan Oleh:
Nurul Atiqah bte Hj Abdul Latif
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah sesi 2015/2016



Barisan AJK BKPBDK 2015/2016

Majlis tersebut diadakan pada hari Ahad, 8hb November 2015M bersamaan dengan 26 Muharram 1437H di surau Darussalam.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diketuai oleh Ketua Unit Sukan dan Kesihatan, Muhammad Abu Hurairah bin Ariffin dan seterusnya bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh Ketua Unit Agama dan Akhlak, Ustaz Awangku Md Faris Ramadhani bin Pg Hj Sellahuddin.




Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Ustaz Awangku Khairul Ikhwan bin Pengiran Alit, Bendahari Agung 1 dan disertai bacaan doa tolak Bala yang diketuai oleh Ustaz Awangku Mohammad Qamarussalihin bin Pengiran Mohd Saifuddin, Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan. Majlis disusuli dengan bacaan doa Kesyukuran dan doa peliharakan sultan oleh Ustaz Abdul Hafiy bin Yahya, Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan.





Majlis ini juga diisi dengan ucapan Presiden BKPBDK sesi 2015/2016M, Ustaz Mohammad Afif bin Haji Japar sejurus membaca doa bahawa beliau memulakan kalam dengan sepotong ayat dari Surah an-Nisaa’, ayat 59 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Beliau juga menekankan tentang slogan Brucai agar warga merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka iaitu ‘Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber’ yang bermaksud berkerjasama antara satu sama lain untuk menjadi seorang cendekiawan Islam yang berkarisma dan berkebolehan untuk menjadi harapan Negara Brunei Darussalam.


Majlis diakhiri dengan solat Isya’ berjemaah yang diketuai oleh Ketua Unit Media dan Publisiti, Ustaz Muhammad Najib bin Haji Aliakbar dan seterusnya menikmati jamuan. Dengan berakhirnya acara tersebut, bermulalah tugasan AJK BKPBDK sesi 2015/2016M.

Gambar selebihnya, klik sini: