Monday, October 12, 2015

MAJLIS KONVOKESYEN GRADUAN BRUNEI DARUSSALAM UNIVERSITI AL-AZHAR SESI 2014/2015M

Sabtu, 3 Oktober 2015

Seramai 33 orang graduan Negara Brunei Darussalam di Mesir telah diraikan di Azhar Conference Centre anjuran Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah, Mesir. 


Hadir selaku tetamu kehormat majlis Al-Fadhil Ustaz Doktor Mohamed Abu Hasyim, Naib Rais Universiti Al-Azhar Asy-Syarief. Hadir pada majlis tersebut Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Tuan Yang Terutama Ustaz Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin beserta pegawai-pegawai kedutaan dan penuntut Brunei Darussalam Di Mesir.

Bacaan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh Awang Md. Najib bin Hj Ali Akbar diikuti dengan ucapan alu-aluan dari wakil graduan, Awang Abd Hafiz bin Samat. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tuan Yang Terutama  Ustaz Haji Abdul Kahar Bin Haji Hussin dan ucapan daripada Al-Fadhil Ustaz Doktor Mohamed Abu Hasyim.

Majlis Konvokesyen Sesi 2014/2015 disempurnakan dengan penyampaian sijil daripada tetamu kehormat majlis. 29 graduan terdiri daripada penerima ijazah sarjana muda fakulti Syariah, Usuluddin dan Lughah. 3 graduan terdiri daripada penerima ijazah " Takhassus Al-Quran dan Qiraat Syoubra" dan seorang graduan merupakan penerima ijazah dalam bidang "Science in Microbiology", mahasiswi Universiti Iskandariyah.


Doa selamat dibacakan bagi penutup majlis serta sesi bergambar ramai para graduan bagi mengabdikan kenangan bersama tetamu kehormat majlis dan Duta Besar Negara Brunei Darussalam Di Kaherah, Mesir.

Untuk melihat gambar-gambar pada majlis tersebut, إضغط هنا