Sunday, March 24, 2013

'Indoor Games'

Pada hari Ahad lalu, 24hb Mac 2013M, Unit Sukan Dan Kesihatan (USDK) telah mengadakan perlawanan Indoor Games di antara rumah-rumah sukan. Acara tersebut  telah berlangsung di Markas Putera secara serentak. Acara di sebelah petang pula diadakan secara berasingan; penuntut lelaki di Markas Puteri, manakala penuntut perempuan di Markas Putera.

Acara bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Kemudian disambung di sebelah petang dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Antara permainan yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah: Puzzle, Dart, Jengga, Snake & Ladder, Scrabble, Speed, Dam dan Chess.


Adapun acara tersebut diadakan secara santai diantara rumah-rumah sukan, iaitu: Pendekar Alam, Indera Wijaya dan Putera Mahkota.






 





 



Wednesday, March 20, 2013

Taklimat Daripada JKDN


Beberapa orang pegawai dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) telah berkesudian memberikan taklimat kepada para penuntut Brunei Darussalam di Kaherah, Mesir. Taklimat berlangsung pada hari Rabu, 20hb Mac 2013M, bertempat di Markas Putera, Rabaah El Adawiyah.

Taklimat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Presiden BKPBDK, Ustaz Mohd Nazerul Wafiq bin Hj Mohd Hussin. Taklimat ringkas kemudian disampaikan oleh salah seorang pegawai dari JKDN, disusuli dengan tayangan video yang menerangkan serba sedikit tentang tugas-tugas JKDN.

Para penuntut juga berkesempatan mengajukan soalan-soalan dalam sesi soal-jawab. Antara informasi yang diperolehi daripada taklimat tersebut adalah mengenai tugas JKDN dalam memantau perkara-perkara yang mengancam keselamatan negara, seperti subversif, penyuluhan, pengganasan dan pelampau agama.

Semoga dengan adanya taklimat tersebut dapat memberikan pencerahan kepada para penuntut mengenai perkara-perkara yang dapat mengancam keselamatan dalam negeri.





Saturday, March 16, 2013

BruCai Family Day

‘BruCai Family Day’ Disambut Meriah
Oleh : Siti Musfirah Misli

Pada hari Sabtu, 16hb Mac 2013M yang lalu telah diadakan sebuah majlis besar, anjuran gabungan Unit Agama dan Akhlak (UADA) dan Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKDK), Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah (BKPBDK). Majlis yang dinamakan ‘BruCai Family Day’ ini telah mengambil tempat di Hadiqah Tifl, Makram ‘Abid.

Para mahasiswa dan mahasiswi mula hadir ke Hadiqah Tifl seawal jam 8.30 pagi bagi sesi pendaftaran nama dan hadiah bagi acara Exchange Gift. Majlis pada hari tersebut telah dimulakan pada jam 10 pagi; dengan bacaan Ummul Kitab Surah al-Faatihah dan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Presiden BKPBDK, Ustaz Mohammad Nazerul Wafiq bin Haji Mohammad Hussin.

Ketua UADA seterusnya tampil memberikan kata alu-aluan buat semua mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ke majlis tersebut.  Sebuah tazkirah kemudian disampaikan oleh tetamu jemputan majlis, Ustaz Muhammad Naufal bin Shamsul Maarif, mahasiswa Tahun 4 Kuliah Perubatan di Universiti al-Azhar Asy-Syareef. Beliau antara lain mengingatkan tetamu yang hadir akan kepentingan ukhuwwah sesama Muslim dan pada hakikatnya, kecuali taqwa, tiada perbezaan yang wujud di kalangan umat Islam sekaliannya.



Program Brucai Family Day pada hari tersebut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti sebelah pagi dan petang. Hampir keseluruhan ahli-ahli rumah sukan Putera Mahkota, Indera Wijaya dan Pendekar Alam telah menyertai pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

Sesi senaman ringan menjadi sesi pembuka tirai buat aktivit-aktiviti yang dijalankan pada sebelah pagi. Aktiviti-aktiviti seperti BruCai Hunters, Pertandingan Mencipta Barang daripada Bahan Kitar Semula, Pertandingan Menggubah Hantaran Kahwin dan Pertandingan Master Chefs telah diadakan bagi memeriahkan BruCai Family Day pada hari tersebut. Pertandingan-pertandingan antara lain bertujuan mencungkil bakat-bakat di kalangan ahli-ahli tersebut sambil menjalinkan silaturrahim melalui kerjasama berkumpulan dalam pertandingan yang telah dijalankan.



















‘Brucai Family Day’ direhatkan seketika bagi memberi ruangan kepada para mahasiswa dan mahasiwi untuk menunaikan solat Fardhu Zohor berjemaah dan aktiviti bebas.



Adapun sesi petang BruCai Family Day telah dimulakan dengan aktiviti Tadabbur alam, yang mana para mahasiswa dan mahasiswi dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sama-sama menghayati dan memahami lebih dalam akan isi ayat-ayat suci al-Qur’aan.





Usai sahaja akitiviti Tadabbur Alam dijalankan, Brucai Family Day disambung dengan aktiviti-aktiviti sebelah petang seperti Super Spontan, Guess Who?, Fashion Designer bagi mahasiswa dan mahasiswi dan pertandingan Bersikut Race bagi para mahasiswa. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menjadi riadah tapi pada masa yang sama melatih para peserta untuk menajamkan akal dan fikiran dalam masa yang singkat.





‘BruCai Family Day’ pada petang tersebut diteruskan dengan acara Exchange Gift, yang mana setiap dari mahasiswa dan mahasiwi BKPBDK mendapat satu cenderahati hasil pertukaran dengan mahasiswa dan mahasiwi yang lain mengikut nombor undian.




Penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang setiap pertandingan diadakan setelah selesai semua aktiviti-akitiviti dijalankan. Jamuan pada hari tersebut disediakan oleh ahli-ahli BKPBDK dari setiap rumah sukan Putera Mahkota, Indera Wijaya dan Pendekar Alam dan dihidangkan kepada semua tetamu yang menghadiri majlis ini.

Majlis yang bertemakan ‘Ummati Ummati Ummati; Aiduuna fi Qalbin Waahidin’ ini adalah yang julung kalinya diadakan oleh Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah. Ianya diadakan bagi menggantikan Bazar Amal kelolaan UKDK dan Majlis Besar UADA yang diadakan setiap tahun. Majlis ini juga diadakan bagi memupuk rasa mahabbah di kalangan ahli-ahli BKPBDK dalam masa yang sama menjalin kerjasama yang utuh dan kukuh, melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan.






Majlis ditutup pada petang tersebut dengan bacaan Surah al-Asr beramai-ramai.

Friday, March 1, 2013

Tamu BruCai Meriah





Buat kesekian kalinya, Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan (UKDK) telah mengadakan Tamu Brucai pada hari Jumaat, 1 Mac 2013M bersamaan dengan 18 Rabiulakhir 1434H, bertempat di Markas Putera yang bermula pada pukul 2 petang.

Di antara juadah yang dijual adalah Strawberry Cheese Cake, BBQ Chicken Wings with Mushroom Sauce, Beef Cheese French bread, Oreo Cheese Balls, Baked Rice, Hati Buyah, Custard Puff, Ayam Salai Madu, Soto Biasa Telur, Soto Ayam, Soto Daging, Soto Special, Nasi Ala Katok, Cornflakes Madu dan Kuih Malaya. Masing-masing berharga antara 10-20 ginih. Manakala minuman yang dijual ialah Ice Tea dan Pandan.

Semua juadah yang dijual merupakan air tangan penuntut BruCai sendiri. Majlis yang bertemakan santai memeriahkan lagi suasana dan terasa seperti berada di negara tercinta Brunei Darussalam. Pegawai-pegawai kedutaan juga turut hadir ke tamu tersebut.

Dengan adanya majlis sebegini dapatlah menguatkan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar BruCai sendiri mahupun bersama pihak kedutaan dengan adanya sifat tolong-menolong, bertanggungjawab dan dedikasi.



                                   

 




                                   
                                   
                                   

                                   

                                   


 

                                                 

                                   




Oleh: Hazimah bte Baha.