Friday, February 26, 2016

MAJLIS PENUTUP DIKIR SEMPENA MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W 2015M/1437H




Disediakan Oleh:
Muhamad Adi Adham bin Ramlan
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah sesi 2015/2016


Bulan Rabi’ul Awwal merupakan salah satu bulan yang paling agung dan mulia dalam Taqwim Hijri. Ini kerana bulan ini adalah bulan kelahiran Rasul kita yang dicintai, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Oleh itu, Pihak Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah (BKPBDK) tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menyemarakkan malam Maulidurrasul yang mulia ini.

Majlis Penutup Dikir Sempena Sambutan Maulidurrarasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ini berlangsung pada Hari Selasa, 22hb Disember 2015 Masihi bersamaan dengan 12hb Rabi’ul Awwal 1437H di Surau Darussalam. Turut serta dalam majlis ini Tuan Yang Terutama Ustaz Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Duta Besar di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir serta keluarga, Pegawai-Pegawai Kedutaan yang lainnya serta keluarga dan Mahasiswa/Mahasiswi Brunei Darussalam di Kaherah.

Acara majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah selepas kedatangan Tuan Yang Terutama. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Al-Fatihah bagi memulakan dendangan Dikir Syarafil Anam dan Qasidah secara beramai-ramai bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Acara sedemikian ini setentunya memberikan peluang kepada semua warga Brunei di Kaherah untuk turut merasakan kehangatan suasana Maulidurrasul yang lazimnya diadakan di tanahair, Negara Brunei Darussalam. Di samping itu juga, acara sebegini dapat menambahkan lagi rasa cinta kita terhadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.



Setelah itu, acara diteruskan dengan bacaan Doa Penutup Dikir yang diketuai oleh Ustaz Haji Hazwan bin Haji Salim, dan Doa Peliharakan Sultan yang diketuai oleh Ketua Unit Agama dan Akhlak iaitu Ustaz Ak Md Faris Ramadhani bin Pg Hj Sellahuddin bagi memberkati majlis ini.

Majlis selepas itu diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada salah seorang Pegawai Kedutaan yang akan menamatkan khidmat bakti beliau di Kaherah, Mesir, iaitu Tuan Haji Daud bin Haji Johari, yang mana beliau telahpun bertugas hampir tiga tahun sebagai Setiausaha I. Setelah itu, pegawai yang baru dilantik iaitu Tuan Haji Mohd Amirol Hafidzin bin Mohammad, Pegawai Baru (Setiausaha I) telahpun memperkenalkan serba sedikit mengenai profil diri beliau kepada warga BruCai.


Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah, dan selepas itu diteruskan dengan menikmati jamuan yang telah disediakan sebelum bersurai.

Monday, February 22, 2016

PROGRAM QIYAMULLAIL 2015M/1437H


Disediakan Oleh:
Nur Syamimi bte Hj Kahar
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Brunei darusaalam Di Kaherah sesi 2015/2016



 Alhamdulillah, pada hari Khamis, 10hb Disember 2015M bersamaan dengan 28 Safar 1437H, Unit Agama dan Akhlak telah menganjurkan Program Qiyamullail bertempat di Surau Darussalam. Program Qiyamullail pada tahun ini bertemakan “irkam ma’ana” yang bermaksud “naiklah (bahtera) bersama kami” dan berlangsung selama 2 hari. Majlis ini dimulakan dengan iftar jama’ie (beramai-ramai) dan solat Maghrib dan Isya’ berjemaah.

Sejurus selepas solat Isya’ berjemaah, majlis disusuli dengan tazkirah khas yang disampaikan oleh Ustaz Nur Naqiuddin bin Haji Rosman dan selepas itu Program Qiyamullail diteruskan dengan aktiviti-aktiviti anjuran Unit Agama dan Akhlak yang bertempat di Minihall bagi mahasiswi dan di surau Darussalam bagi mahasiswa.

Aktiviti bagi mahasiswa di surau Darussalam:

Aktiviti pertama ialah game ringan iaitu “shoot and squad”  yang mana semua peserta diarahkan untuk membuat bulatan besar dan AJK bagi game tersebut  akan berada di tengah dan menunjukkan bagaimana aktiviti ini dijalankan.

Aktiviti kedua pula ialah melihat video yang mana video tersebut merupakan video dokumentari Islam yang mengisahkan tentang individu-individu bukan islam yang tertarik dengan Islam.

Aktiviti bagi mahasiswi di Minihall:

Peserta-peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 ke 7 orang mahasiswi.
Aktiviti pertama ialah melihat dua video bertajuk Cukup dan Aku Seorang Robot. Seterusnya setiap kumpulan ditanya apa yang mereka dapat ambil pengajaran daripada kedua-dua video tersebut.

Aktiviti kedua ialah tayangan video Cinta Subuh dan seorang mahasiswi dipilih bagi menyatakan ibrah yang mereka dapat melalui video tersebut. Aktiviti ini diteruskan lagi dengan Muhasabah Talk yang mana semua mahasiswi diblindfolded dan didengarkan doa yang sungguh menyentuh hati dan tazkiratul maut agar mereka sama-sama bermuhasabah diri akan kematian yang bakal datang bila-bila masa sahaja.

Aktiviti seterusnya ialah tayangan video Beautiful Sinners dan Aku ingin berubah… tapi bagi memberikan mereka galakan untuk terus berubah ke arah kebaikan dan seterusnya para peserta disuruh untuk menuliskan segala perkara jahiliyyah mereka kemudian menggamnya dan mengoyakkannya. selepas itu, para peserta disuruh untuk menuliskan apa janji mereka terhadap diri mereka dan memasukkannya ke dalam kotak ‘janji’ yang disediakan.

Aktiviti terakhir bagi mahasiswi ialah tayangan video Dalam Dakapan Ukhuwah yang mana video tersebut menunjukkan peranan sahabat dalam menolong kita untuk berubah dan diteruskan dengan sesi bersalam-salaman diantara semua peserta.

Manakala pengisian pada waktu pagi pula ialah solat sunat Iftitah, solat Tahajjud, solat Taubat dan solat Subuh berjemaah kemudian diteruskan lagi dengan bacaan surah Al-kahfi secara berjemaah dan tazkirah pendek daripada ketua Unit Agama dan Akhlak. Sejurus selepas tazkirah tersebut, diteruskan lagi dengan solat sunat Dhuha secara individu.

Aktiviti terakhir Program Qiyamullail tahun ini, bagi mahasiswa ialah mengisi borang feedback dan aktiviti terakhir mahasiswi pula diadakan di ‘sutuh’ bangunan Annur. Iaitu aktiviti riadah ringan menggunakan video Ruhul Jadid dan Taichi Alif Ba Ta kemudian diteruskan dengan Sharing Session dan pembahagian borang feedback.


Alhamdulillah, Program Qiyamullail yang berlangsung selama dua hari berjalan dengan lancar. Diharap semua yang menyertai program ini akan mendapat manfaat dan semoga ukhuwah yang terbina akan berterusan dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 

Sunday, February 14, 2016

SUKAN TAHUNAN SESI 2015/2016M


Disediakan Oleh:
Abdul Wafiy bin Hj Masri
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah Mesir 2015/2016



Alhamdulillah, pada 16 November 2015 yang lepas, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah telah mengadakan aktiviti sukan tahunan sesi 2015/2016 anjuran Unit Sukan Dan Kesihatan yang mana pembukaan sukan tahunan pada kali ini diadakan pada 16 November 2015 di Markaz Syabab, Hayyu Sadis, Kaherah.

Majlis pembukaan tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat majlis iaitu Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Duta Besar Brunei Darussalam di Kaherah, pegawai-pegawai kedutaan dan mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Kaherah, Mesir.

Adapun sukan tahunan pada tahun ini terbahagi kepada 4 kumpulan; Kampilan, Kerambit, Keris dan Kelasak. Bagi memberkati majlis, bacaan Ummul Kitab diketuai oleh Ketua Unit Sukan Dan Kesihatan dan diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai.

RUMAH KELASAK

RUMAH KAMPILAN
RUMAH KERIS
RUMAH KERAMBIT

Perlawanan pertama telah dimulakan dengan perlawanan futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan yang diadakan sejurus selepas pembukaan sukan tahunan pada malam itu.

KEPUTUSAN

FUTSAL
BOLA JARING
1
*perlawanan diadakan di sukan Muhibbah akan datang
KERIS
2
KELASAK
3
KERIS
KERAMBIT
4
KERIS
KAMPILAN

Pada 20 November 2015, Hari Jumaat, perlawanan badminton telah diadakan di Markaz Syabab. Perlawanan bagi perempuan telah diadakan pada sebelah pagi, manakala bagi lelaki diadakan pada sebelah petang.

KEPUTUSAN BADMINTON

LELAKI (SINGLE)
PEREMPUAN (SINGLE)
1
KELASAK
KELASAK
2
KAMPILAN
KERAMBIT
3
KERIS
KAMPILAN
4
KERAMBIT
KERIS

LELAKI (DOUBLE)
PEREMPUAN (DOUBLE)
1
KAMPILAN
KAMPILAN A
2
KELASAK
KERAMBIT B
3
KERIS
KERIS A
4
KERAMBIT
KELASAK B

Pada 23 November 2015, Hari Isnin, perlawanan pingpong bagi lelaki yang telah diadakan di Mini hall, Bangunan Darussalam. Manakala bagi perempuan, perlawanan dart telah diadakan di Mini Library, Bangunan Darussalam. Sehari selepas itu pula, perlawanan dart bagi lelaki dan perlawanan pingpong bagi perempuan diadakan pada hari yang sama iaitu pada 25 November 2015.

KEPUTUSAN PINGPONG

LELAKI (SINGLE)
PEREMPUAN (SINGLE)
1
KAMPILAN
KELASAK
2
KERAMBIT
KERIS
3
KERIS
KAMPILAN
4
KAMPILAN
KERAMBIT

LELAKI (DOUBLE)
PEREMPUAN (DOUBLE)
1
KAMPILAN
KAMPILAN A
2
KERIS
KERIS B
3
KELASAK
KERAMBIT B
4
KERAMBIT
KERAMBIT A

KEPUTUSAN DART

LELAKI (SINGLE)
PEREMPUAN (SINGLE)
1
KELASAK
KERIS
2
KERIS
KERAMBIT
3
KERAMBIT
KAMPILAN
4
KAMPILAN
KELASAK

LELAKI (DOUBLE)
PEREMPUAN (DOUBLE)
1
KELASAK
KERAMBIT
2
KERAMBIT
KAMPILAN
3
KERIS
KERIS
4
KAMPILAN
KELASAK

Perlawanan bowling juga dipertandingkan pada tahun ini. Ianya diadakan pada 27 November 2015, hari Jumaat di International Bowling Centre.

KEPUTUSAN BOWLING

LELAKI (SINGLE)
PEREMPUAN (SINGLE)
1
KERIS
KAMPILAN
2
KELASAK
KELASAK
3
KAMPILAN
KERAMBIT
4
KERAMBIT
KERIS

LELAKI (DOUBLE)
PEREMPUAN (DOUBLE)
1
KERIS
KERIS
2
KAMPILAN
KAMPILAN
3
KERAMBIT
KELASAK
4
KELASAK
KERAMBIT

MIX-DOUBLE
1
KELASAK B
2
KAMPILAN B
3
KERIS A
4
KERAMBIT A


Acara kemuncak bagi sukan tahunan pada tahun ini ialah acara perlawanan Tarik kalat diantara rumah-rumah sukan bagi lelaki. Perlawanan diadakan di Markaz Syabab pada 27 November 2015, Hari Ahad. Rumah Kelasak telah mendahului Rumah Kampilan dengan mendapatkan tempat ke-tiga. Manakala Rumah Keris dan Kerambit akan bersaing dikemuncak acara sukan Muhibbah yang akan datang bagi meraih tempat pertama.

gambar selebihnya, klik sini: