Monday, February 22, 2016

PROGRAM QIYAMULLAIL 2015M/1437H


Disediakan Oleh:
Nur Syamimi bte Hj Kahar
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Brunei darusaalam Di Kaherah sesi 2015/2016



 Alhamdulillah, pada hari Khamis, 10hb Disember 2015M bersamaan dengan 28 Safar 1437H, Unit Agama dan Akhlak telah menganjurkan Program Qiyamullail bertempat di Surau Darussalam. Program Qiyamullail pada tahun ini bertemakan “irkam ma’ana” yang bermaksud “naiklah (bahtera) bersama kami” dan berlangsung selama 2 hari. Majlis ini dimulakan dengan iftar jama’ie (beramai-ramai) dan solat Maghrib dan Isya’ berjemaah.

Sejurus selepas solat Isya’ berjemaah, majlis disusuli dengan tazkirah khas yang disampaikan oleh Ustaz Nur Naqiuddin bin Haji Rosman dan selepas itu Program Qiyamullail diteruskan dengan aktiviti-aktiviti anjuran Unit Agama dan Akhlak yang bertempat di Minihall bagi mahasiswi dan di surau Darussalam bagi mahasiswa.

Aktiviti bagi mahasiswa di surau Darussalam:

Aktiviti pertama ialah game ringan iaitu “shoot and squad”  yang mana semua peserta diarahkan untuk membuat bulatan besar dan AJK bagi game tersebut  akan berada di tengah dan menunjukkan bagaimana aktiviti ini dijalankan.

Aktiviti kedua pula ialah melihat video yang mana video tersebut merupakan video dokumentari Islam yang mengisahkan tentang individu-individu bukan islam yang tertarik dengan Islam.

Aktiviti bagi mahasiswi di Minihall:

Peserta-peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 ke 7 orang mahasiswi.
Aktiviti pertama ialah melihat dua video bertajuk Cukup dan Aku Seorang Robot. Seterusnya setiap kumpulan ditanya apa yang mereka dapat ambil pengajaran daripada kedua-dua video tersebut.

Aktiviti kedua ialah tayangan video Cinta Subuh dan seorang mahasiswi dipilih bagi menyatakan ibrah yang mereka dapat melalui video tersebut. Aktiviti ini diteruskan lagi dengan Muhasabah Talk yang mana semua mahasiswi diblindfolded dan didengarkan doa yang sungguh menyentuh hati dan tazkiratul maut agar mereka sama-sama bermuhasabah diri akan kematian yang bakal datang bila-bila masa sahaja.

Aktiviti seterusnya ialah tayangan video Beautiful Sinners dan Aku ingin berubah… tapi bagi memberikan mereka galakan untuk terus berubah ke arah kebaikan dan seterusnya para peserta disuruh untuk menuliskan segala perkara jahiliyyah mereka kemudian menggamnya dan mengoyakkannya. selepas itu, para peserta disuruh untuk menuliskan apa janji mereka terhadap diri mereka dan memasukkannya ke dalam kotak ‘janji’ yang disediakan.

Aktiviti terakhir bagi mahasiswi ialah tayangan video Dalam Dakapan Ukhuwah yang mana video tersebut menunjukkan peranan sahabat dalam menolong kita untuk berubah dan diteruskan dengan sesi bersalam-salaman diantara semua peserta.

Manakala pengisian pada waktu pagi pula ialah solat sunat Iftitah, solat Tahajjud, solat Taubat dan solat Subuh berjemaah kemudian diteruskan lagi dengan bacaan surah Al-kahfi secara berjemaah dan tazkirah pendek daripada ketua Unit Agama dan Akhlak. Sejurus selepas tazkirah tersebut, diteruskan lagi dengan solat sunat Dhuha secara individu.

Aktiviti terakhir Program Qiyamullail tahun ini, bagi mahasiswa ialah mengisi borang feedback dan aktiviti terakhir mahasiswi pula diadakan di ‘sutuh’ bangunan Annur. Iaitu aktiviti riadah ringan menggunakan video Ruhul Jadid dan Taichi Alif Ba Ta kemudian diteruskan dengan Sharing Session dan pembahagian borang feedback.


Alhamdulillah, Program Qiyamullail yang berlangsung selama dua hari berjalan dengan lancar. Diharap semua yang menyertai program ini akan mendapat manfaat dan semoga ukhuwah yang terbina akan berterusan dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 

No comments:

Post a Comment