About

Blog rasmi Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah

Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah adalah merupakan satu badan organisasi yang telah ditubuhkan untuk menaung segala kemaslahatan penuntut Brunei Darussalam yang berada di Mesir. Badan ini mempunyai nama singkatan iaitu BKPBDK. Badan Kebajikan ini mula ditubuhkan sejak tahun 1985 bersamaan dengan wujudnya Kedutaan Brunei Darussalam Ke Republik Arab Mesir dan beroperasi hingga sekarang. 

Ahli BKPBDK adalah mereka yang telah tercatat secara administratif dalam fail kemasukan penuntut di Kaherah, tidak kira sama ada penuntut itu merupakan tajaan biasiswa kerajaan ataupun penuntut persendirian. Secara langsungnya penuntut yang menuntut di Mesir adalah merupakan ahli BKPBDK.

Struktur Ahli Jawatankuasa BKPBDK terdiri daripada :

1) Presiden dan Naib Presiden BKPBDK
2) Setiauasah Agung 1 dan 2
3) Bendahari Agung 1 dan 2
4) Unit Agama dan Akhlak
5) Unit Pelajaran dan Penerangan
6) Unit Kebajikan dan Kemasyrakatan
7) Unit Sukan dan Kesihatan
8) Unit Media dan Publisiti

Yang mana setiap unit diketuai oleh seorang ketua dan naib ketua unit. Ahli Jawatankuasa BKPBDK adalah peneraju Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah dan bertanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan warga BruCai. 

Di samping itu juga BKPBDK mengadakan aktiviti-aktiviti ilmiah dan kebajikan dari segi rohani dan jasmani serta membimbing ahli-ahli BruCai untuk mencapai visi BKPBDK iaitu 'Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber' agar warga BruCai akan dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman menuntut ilmu di bumi para anbiya' seterusnya kembali ke tanah air dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment