Friday, June 17, 2016

MAJLIS RAMAH MESRA YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA DENGAN PENUNTUT-PENUNTUT BRUNEI DARUSSALAM DI KAHERAH




Intercontinel Hotel, Isnin, 16 Mei 2016 – Mahasiswa/Mahasiswi Brunei di Kaherah berpeluang untuk beramah mesra dengan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Hj Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam. Majlis ini diselajurkan dengan ceramah daripada Yang Berhormat Pehin.

Acara majlis bermula tepat pada pukul 4.30 petang dengan bacaan Ummul Kitab beramai-ramai, iaitu Surah Al-Fatihah, yang diketuai oleh Ustaz Ak Ahmad Faris Ramadhani bin Pg Hj Sellahuddin (Ketua Unit Agama dan Akhlak). Kemudian, acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Hj Hussin, Duta Besar Negara Brunei Darussalam. Setelah itu, ceramah pun disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin yang tajuknya ialah “Ilahi Selamatkan Brunei Darussalam”. Dalam ceramahnya, Yang Berhormat Pehin menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan Negara Brunei Darussalam. Antaranya adalah penerangan lirik lagu kebangsaan Brunei Darussalam, elemen/unsur Negara, sejarah Brunei dan lain-lain lagi.




Selesai ceramah Yang Berhormat Pehin, acara berehat seketika dengan menunaikan Solat Maghrib berjemaah. Selepas itu majlis diakhiri dengan bacaan doa untuk menikmati jamuan, dan kemudiannya sesi bergambar beramai-ramai.

gambar selebihnya, klik sini:


No comments:

Post a Comment