Sunday, March 1, 2015

Forum Sempena Hari Kebangsaan yang ke 31


FORUM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE 31
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Hari Sabtu, 28hb Februari 2015M bersamaan dengan 9 Jamadil Awal 1436H, Alhamdulillah, Unit Pelajaran Dan Penerangan telah mengadakan satu forum khas sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-31. Forum telah berlangsung di Surau Darussalam sejurus selepas menunaikan solat Maghrib berjema’ah.

Adapun tema forum pada kali ini ialah ‘Asas yang kukuh pemangkin generasi berwawasan’. Forum ini telah disampaikan oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada mahasiswa Sarjana Universiti Kaherah iaitu Ustaz Hilman bin Haji Salim, Ustaz Awang Muhammad Naqib bin Haji Awang dan Ustaz Ak. Ahmad Hasanuddin bin Pg. Hj. Tejudin, mahasiswa Sarjana Universiti Al-Azhar Asy-Syarif.



Asas yang kukuh adalah sesuatu yang amat penting dan wajib dalam sesuatu perkara. Peranan mahasiswa dan mahasiswi Brunei di Mesir bukan sahaja untuk belajar bahkan membawa akidah yang betul, kuat dan kukuh yang sesuai dengan apa yang ada di Brunei pada masa ini. Asas ugama yang kukuhlah yang akan membantu dalam mewujudkan generasi berwawasan.

Jika kita sendiri tiada asas yang kukuh, siapakah yang akan menegakkan akidah yang lurus di masa akan datang? Jadi, kita perlu selalu tajdid niat kita untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat di bumi anbiya ini, jangan sampai kita pula yang menjadi punca perpecahan atau perbelahan nanti, Na’uzubillahi min zalik.

Kita juga jangan terlalu mengharapkan ilmu yang ada pada laman sosial, ini kerana ilmu yang ada pada laman sosial tidak semuanya betul. Jika kita mempunyai pemahaman yang berbeza, kita cuba berbincang dengan baik ataupun merujuk kepada yang lebih arif ataupun para ulama selama mana kita masih ada di bumi Mesir ini.

Sesi soal jawab telah diadakan di akhir majlis forum. Majlis diakhiri dengan solat Isya berjemaah dan bersurai.






No comments:

Post a Comment