Monday, March 9, 2015

Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-31




Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-31 di Kaherah, Mesir, telah diadakan pada 27hb Februari yang lalu bertempat di Intercontinental Hotel, City Star.




Hadir pada majlis itu daripada para pegawai kedutaan dan penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah, Mesir. Pihak kedutaan Negara Brunei Darussalam telah menjemput rakan kedutaan dari Negara lain bagi sama-sama berkongsi kemeriahan sambutan tersebut. 





Pelbagai persembahan telah menjadi tarikan para hadirin yang dijayakan oleh mahasiswa-mahasiswi tahun 1, diantaranya ialah persembahan Hadrah, Silat, gabungan unik nyanyian lagu patriotik dan deklamasi sajak yang bertajuk “Darussalam” nukilan Syukri Zain disertai dengan laungan “Merdeka” yang bersemangat. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Nasyid daripada mahasiswi sebagai penutup persembahan pada malam tersebut.

Untuk melihat gambar-gambar pada majlis tersebut, إضغط هنا

No comments:

Post a Comment