Friday, November 7, 2014

Kempen Kebersihan Semester Pertama Sesi 2014/2015

Hari Jumaat, 7hb November 2014, Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKDK) dibawah naungan Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah (BKPBDK) telah mengadakan sebuah kempen kebersihan yang mengambil tempat di bangunan Darussalam.

Kempen yang bertemakan ”Kebersihan Sebahagian Daripada Iman” ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk sifat mencintai kebersihan dan sekaligus dapat menyemai semangat kerjasama yang tinggi diantara sesama ahli BKPBDK. Di samping itu juga, ia dapat meningkatkan mutu kebersihan bangunan dan melahirkan kondisi yang baik bagi kegunaan mahasiswa dan mahasiswi itu sendiri.

Pada jam seawal pukul 1 petang, kesemua ahli BKPBDK telah turun untuk melaksanakan tugas masing-masing yang telah di bahagikan terlebih dahulu mengikut unit masing-masing.

Halaman luar bangunan Darussalam.

Mahasiswi yang terdiri daripada ahli-ahli Unit  Media Dan Publisiti (UMDP), Unit Sukan Dan Kesihatan (USDK) dan Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan (UKDK) telah ditugaskan untuk membersihkan dewan serbaguna (mini hall) dan memastikan barang-barang yang terdapat di sana disusun dengan teratur.

Sebahagian mahasiswi membersihkan dan menyusun barang-barang
markas di dewan serbaguna (mini hall).

Sementara para mahasiswi yang lain iaitu ahli-ahli Unit Agama Dan Akhlak (UADA) dan Unit Pelajaran Dan Penerangan (UPDP) telah ditugaskan untuk mengemaskan surau. 



Sebahagian mahasiswi membersihkan dan menyusun  buku-buku
dan naskhah-naskhah Al-Quran di dalam Surau Darussalam.
Manakala bagi mahasiswa yang merupakan ahli-ahli UPDP dan UMDP telah ditugaskan untuk membersihkan lobi. Sementara ahli-ahli USDK berkerjasama dengan UKDK untuk membersihkan lorong-lorong pejabat. Ahli-ahli UADA pula ditugaskan untuk mengemaskan surau.


Alhamdulillah, kempen ini telah berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama yang baik daripada semua pihak dan juga kebijaksanaan pengendali dalam menguruskan dan pembahagian tugas.

Kempen ini diharap dapat terus membantu melahirkan sifat tanggungjawab, sifat suka membantu dan menanamkan sifat mahmudah ke dalam diri setiap ahli BKPBDK.



No comments:

Post a Comment