Kelas pengajian
Tauhid di Darussalam
Alhamdulillah,
seperti mana halnya para pelajar Brunei di Kaherah membuat kelas pengajian Fiqh
di surau Darussalam, ahli jawatankuasa UPDP (Unit Pelajaran dan Penerangan)
juga ada menyediakan kelas Tauhid untuk diajarkan kepada mahasiswa dan
mahasiswi Brunei. Kelas Tauhid ini diajarkan oleh Ustaz Abdullah Antony
Oktavian bin Muhlan hafizahullah, berasal dari Indonesia. Beliau sekarang
belajar di peringkat Master di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif.
Bagi
pengajian Tauhid ini, Ustaz Abdullah telah memilih kitab Syarhu Al-Kharidah
Al-Bahiyyah yang dikarang oleh Al-Imam Abi Al-Barakat Ahmad ibn Muhammad
Ad-Dardir rahimahullah. Kitab ini merupakan syarahan untuk kitab Al-Kharidah
Al-Bahiyyah yang mana penulisnya adalah penulis yang sama bagi syarahan kitab
ini.
Kitab
Al-Kharidah Al-Bahiyyah ini merupakan kitab asas untuk mengetahui tentang
aqidah dan ilmu tauhid. Kitab ini ditujukan untuk para mubtadiin (peringkat
awal) dalam mempelajari aqidah islamiyyah, kerana gaya bahasa yang digunakan
oleh Al-Imam Ad-Dardir rahimahullah adalah mudah dan senang susunan lafaznya.
Semoga
dengan adanya kelas pengajian Tauhid ini akan memantapkan lagi aqidah para
mahasiswa dan mahasiswi Brunei, serta lebih merasa mahabbah dan cinta kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kekasihNya Sayyidina wa Habibina Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi wa Aalihi wa Sallam.
Disediakan oleh:
Zulfa Farhina binti DSS Haji Md. Zaimi
Jika ada kesilapan dalam penulisan fakta
atau penjelasan, mohon dibetulkan. J
No comments:
Post a Comment