Ceramah yang disampaikan oleh penceramah undangan khas oleh Dr. Haji Jaapar bin Haji Maidin, Ketua Pegawai Istinbat, di Jabatan Mufti Kerajaan. |
Markas Putera, 14hb Nov – Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1434 berjalan dengan jayanya yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah melalui Unit Agama Dan Akhlak.
Msjlis diadakan dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah disertakan dengan solat berjemaah.
Penceramah undangan khas pada majlis tersebut ialah Dr. Haji Jaapar bin Haji Maidin, Ketua Pegawai Istinbat, di Jabatan Mufti Kerajaan. Beliau turut mengongsikan pengalaman beliau semasa menuntut di Mesir dan menjelaskan pada mahasiswa dan mahasiswi Brunei di Mesir untuk memanfaatkan masa yang ada dengan
sebaiknya dalam menuntut ilmu dan merupakan pejuang agama Islam di Brunei nanti.
Untuk memeriahkan suasana, majlis diakhiri dengan bacaan tausyeh dan qasidah beramai-ramai.
Dengan sambutan awal tahun hijrah ini, adalah untuk menanamkan semangat hijrah pada mahasiswa dan mahasiswi agar lebih bermuhasabah dan memperbaiki diri demi mendapatkan redha Allah Taala.
Nyayian Tausyeh dan Qasidah yang diketuai oleh salah seorang mahasiswa yang hadir pada malam itu. |
Dr. Haji Jaapar bin Haji Maidin juga turut serta bersama-sama meriahkan majlis dengan bacaan Tausyeh. |
Cenderahati kepada tetamu khas. |
Disediakan oleh : Auni Raqinah HAR
No comments:
Post a Comment