Ustaz sewaktu membentangkan kertas kerja berkenaan. |
Pada Isnin lalu, 5hb Muharram
1434H bersamaan dengan 19hb November 2012M, beberapa orang
mahasiswa-mahasiswi Brucai telah mengikuti sebuah kursus anjuran Al-Mustamidy
Study & Training Center. Kursus berkenaan bertempat di Wisma Nusantara,
Thayran.
Antara mahasiswi yang hadir di kursus tersebut. |
Di dalam Muqaddimah, Ustaz Akhmad
mengingatkan para peserta bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti.
كل نفس ذائقة الموت
“Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian” – Surah Ali
Imran: 183.
Antara penerangan pada hari
berkenaan adalah mengenai cara memandikan jenazah. Adapun para ulama bersepakat
bahawa mayat berhak dimandikan jika memenuhi syarat-syaratnya, iaitu:
1. Muslim.
2. Sempat hidup di dunia sebelum kematiannya.
3. Tubuh mayat dalam keadaan sempurna.
4. Bukan syahid.
5. Bukan orang fasik. (Jumhur ulama berpendapat mereka patut
dimandikan sebagaimana layaknya kaum muslimin).
Dalam pada itu, ada beberapa
soalan telah diajukan kepada Ustaz di bawah sub-topik Memandikan Jenazah:
-
Soalan: Jika badan mayat
terpotong-potong, adakah perlu menjahit semula anggota badan mayat berkenaan?
Jawapan: Tidak perlu.
Cukup dengan hanya mengumpulkan anggota badan yang terpotong tersebut pada satu
tempat.
Soalan: Bagaimana jika badan
mayat hancur, hangus, becerai-berai sehingga tidak dapat dikenali dan bercampur
dengan mayat lain?
Jawapan: Cuba kenal
pasti mayat melalui bentuk badan mayat atau menggunakan teknologi canggih yang
ada pada masa ini.
Berpindah kepada sub-topik
seterusnya, Ustaz menerangkan bahawa secara dasarnya, terdapat dua syarat bagi
yang ingin memandikan mayat:
1. Berakal,
2. sama jantina atau mempunyai hubungan syar’i dengan mayat seperti
hubungan nasab dan pernikahan.
Antara soalan yang sempat
diajukan lagi:
Bolehkah seorang isteri
memandikan mayat suaminya?
Jawapan: Boleh, tetapi
yang lebih baik adalah kaum kerabatnya.
Soalan: Semasa memandikan,
adakah mayat perlu dihadapkan ke kiblat?
Jawapan: Boleh jika
tidak menghadap kiblat, akan tetapi lebih baik menghadapkannya ke kiblat untuk
‘ihtiram’(menghormati) si mati.
Dari penjelasan mengenai
pengurusan jenazah ini, kita dapat lihat bahawa Islam sangat memberikan
penghormatan yang tinggi kepada penganutnya. Sehingga sampai urusan kematian
pun, Islam memberikan dan mengajarkan tata cara khusus yang tidak ada dalam
agama lain.
Program seperti ini sedikit
sebanyak membantu para mahasiswa-mahasiswi dalam membekalkan diri mereka dengan
ilmu fardhu kifayah sebelum kembali ke tanah air nanti. Wallahu a’lam.
Disediakan oleh: Hjh Nurnadiah binti Hj Mohamed Ismail.
jenazah yang tdk lengkap sempurna cthnya bahagian tangan hancur sebab digigit haiwan?
ReplyDelete