HAYYU SADIS, MADINAT
NASR, KAHERAH, MESIR- Pada hari Ahad lepas iaitu 19hb Zulhijjah 1433H bersamaan dengan 4hb
November 2012M telah berlangsung Majlis Ilmuan anjuran Persatuan Melayu Republik
Arab Mesir (PMRAM) bagi hari kedua di Dewan Kuliah Soidalah, Universiti
Al-Azhar lil Banat.
Acara dimulakan
dengan pembentangan kertas kerja pertama mengenai Fiqh Semasa yang bertajuk ‘Siasah
Syar’iyah’ yang disampaikan oleh Dr. Sayyid Abu Syanab. Beliau menerangkan
serba sedikit mengenai politik Islam yang sebenar.
Setelah selesai solat
Zuhur dan makan tengahari, acara dilanjutkan dengan pembentangan kertas kerja
kedua juga mengenai Fiqh Semasa yang bertajuk Ekonomi Islam yang disampaikan
oleh Dr. Samir Radwan. Antaranya beliau menjelaskan kedudukan saham dalam agama
Islam.
Di sebelah malam
pula, acara disambung dengan perbentangan mengenai Kegemilangan Era Pentadbiran
Khilafah. Perbentangan ini terbahagi kepada dua; satu, Khilafah Umawiyyah yang
disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Akli Muhammad dan kedua, Khilafah Abbasiyyah
yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zahari Ali.
Acara pada hari ini
diselang-selikan dan dimeriahkan dengan persembahan Burdah yang dibawakan oleh
mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang menuntut di Bumi Mesir ini.
Ingin saya memetik
kata-kata terakhir dari pembentang terakhir, “Islam pasti akan menang.” In sha
Allah. Diharapkan semua peserta majlis ilmu yang antaranya mahasiswa-mahasiswi
Brunei dapat mengambil ikhtibar serta manfaat untuk diri mereka dan masyarakat
Brunei nanti.
Disediakan oleh: Ustazah Hajah Siti Nurul Hazwani binti Haji Mohd Yussof.
No comments:
Post a Comment