HAYYU SADIS, MADINAT
NASR, KAHERAH, MESIR- Pada 17 Zulhijjah 1433H bersamaan
dengan 3hb November 2012M, telah bermula sebuah Konvensyen Ilmuwan Muda
yang berlangsung di Dewan
Kuliah Saidalah, Universiti Al-Azhar Lil Banat, Kaherah. Beberapa orang
mahasiswa dan mahasiswi BruCai telah ikut serta dalam konvensyen
anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) tersebut.
Pada
hari pertama, para peserta telah berpeluang mendengarkan bacaan Matan
Hadis Arba'in An-Nawawiah beserta syarah. Acara dimulakan dengan bacaan
Ummul Kitab, Al-Fatihah, seterusnya ucapan daripada Presiden PMRAM. Lalu
majlis mempersilakan Syeikh Gamal Farouq untuk memberikan kalam
iftitah, diikuti pula oleh Syeikh Dr Usamah As-Sayyid Al-Azhari.
Antara
yang beliau sentuh adalah mengenai pengumpulan 40 hadis. Menurut
beliau, ada sebahagian ulama' yang mengumpulkan 40 hadis dari sudut
usuluddin, jihad, zuhud dan sebagainya. Adapun setiap hadis yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi di dalam Matan Al-Arba'in An-Nawawiyah
merangkumi semua asas di dalam Islam.
Sebelum memulakan sesi pembacaan hadis, kedua
Antara mahasiswi yang hadir. |
Majlis direhatkan sebentar pada waktu
tengahari untuk memberi ruang kepada Syeikh dan para peserta untuk
menunaikan solat dan makan tengahari.
Pada jam 1 petang, sesi
pembacaan hadis disambung lagi oleh Syeikh Gamal Farouq, Syeikh Saad
Saad Gawish dan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani.
Menikmati makan tengahari. |
Sesi terakhir
untuk hari itu dibacakan oleh Syeikh Yusri Rusydi Jabr Al-Hasani.
Alhamdulillah, sesi pembacaan Matan Arba'in An-Nawawiah selesai pada
pukul 8.30 malam.
Khusyuk mendengarkan syarahan. |
Konvensyen Ilmuwan 2012 adalah satu program
yang menggabungkan dua elemen antara turathi dan kontemporari sesuai
dengan keadaan semasa. Sejajar dengan pembawaan PMRAM sesi ini dengan
tema "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan", maka program ini
antara pendekatan terbaik yang cuba dilaksanakan oleh persatuan
tersebut.
Semoga ilmu yang telah berjaya menggetarkan hati-hati
para hadirin pada hari ini, mampu juga menggerakkan anggota untuk
beramal dan semoga kita termasuk dalam golongan ilmuwan yang ikhlas
dalam beramal.
Disediakan oleh : Ustazah Hajah Nurnadiah binti Awang Haji Mohamed Ismail
No comments:
Post a Comment