Monday, February 9, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam & Penutup Dikir Malam Terakhir




إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan Para MalaikatNya berselawat (memberi kehormatan dan kebaikan) ke atas Nabi, wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan yang sebenarnya"
       (surah Al-Ahzab : 56)

Jumaat, 2hb Januari, 2015M -  Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah telah berjaya mengadakan sambutan hari kelahiran Baginda Muhammad SAW di bawah anjuran Unit Agama dan Akhlak sebagai aktiviti yang diadakan setiap tahun.

Majlis dimulakan sejurus sahaja selesai solat maghrib berjemaah yang dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dipimpin oleh ketua Unit Agama Dan Akhlak, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah, Ustaz Muhammad Ammar Fashan bin Ahmad.



Kemudian majlis dikir diserikan lagi dengan bacaan dikir Syarafil Anaam, dikir daba'ie dan qasidah yang berkisah tentang syakhsiah dan sifat Pemberi Syafaat kita, Muhammad SAW. Majlis penutup dikir ini ditutup dengan bacaan doa dikir bagi mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.  



Adapun Nabi Muhammad SAW menyeru umatnya memperbanyakkan selawat kepada beliau kerana amalan berselawat dapat menyucikan dosa, mendapat rahmat dan meninggikan darjat seseorang muslim. Mukmin yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pula dijanjikan akan menerima selawat daripada Allah SWT ke atas dirinya. 

 Antara kelebihan dan faedah berselawat adalah : 


 1 - Sebagai cara menjunjung perintah Allah seperti yang terkandung dalam surah Al-Ahzab, ayat 56. 
 2 - Membezakan umat Islam dengan orang munafiq dan golongan musyrikin kerana mereka sama sekali tidak berselawat ke atas Nabi SAW.
 3 - Selawat menutup segala keaiban pada hari kiamat.
 4 - Mendapat rahmat Allah SWT.
 5 - Sebagai jalan mendapat syafaat Nabi SAW pada hari kiamat.

Terdapat banyak lagi kelebihan dan keistimewaan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi SAW. Oleh itu, wajar kita sebagai pelajar Islam sentiasa berselawat dan menjadikannya sebagai ruti harian bagi membuktikan kecintaan dan penghormatan ke atas beliau. 

1 comment:

  1. very interesting post.this is my first time visit here.i found so mmany interesting stuff in your blog especially its discussion..thanks for the post!
    Wedding Dresses

    ReplyDelete