Program
Motivasi ‘Youth : Strength of Ummah’
Pada hari Jumaat, 13hb Februari
2015 yang lalu, sebuah program motivasi
telah diadakan. Program ini mengambil tempat di surau Darussalam seusai solat
Asar berjemaah.
Sebelum memulakan pengisian
program, para pelajar dikehendaki untuk menyanyikan lagu ‘Demi matahari’
nyanyian Snada sebagai muqaddimah dan sebagai penyegar hati para pelajar.
Setelah itu, turut diadakan aktiviti
‘focus game’ yang motifnya untuk mengembalikan fokus pelajar. Kemudian
dilanjutkan dengan pengisian. Pengisian
program disampaikan oleh penceramah
undangan yang berpengalaman iaitu Ustazah
Hajah ummi Fa’izah Hj Abdul Rahman iaitu
Mahasiswi PhD Dakwah dan Kepimpinan di UKM, Malaysia.
Program ini dibahagikan
kepada tiga slot pengisian yang mantap dan memberikan kesedaran iaitu: ‘Apa ada dengan pemuda?’. Kedua, ‘Unleashed
your potential’ dan yang akhir sekali dan utama iaitu ‘Youth : Strength of
ummah’.
Menariknya dengan program
motivasi ini daripada program-program lain, tiga slot pengisian ini diselang-selikan
dengan aktiviti-aktiviti motivasi yang menarik dan mengembangkan minda pelajar,
umpamanya Trustfall , Membina
Tamadun Islam, Balloon Game dan
lain-lain lagi.
Motif utama aktiviti ‘games’ ini diadakan ialah supaya
para peserta dapat keluar dari zon selesa dan mengenali potensi mereka sendiri.
Aktiviti ‘games’ ini diadakan di dua tempat yang berbeza iaitu dewan kecil bagi
perempuan dan di surau bagi lelaki untuk mengelakkan percampuran antara lelaki
dan perempuan sesuai dengan tema program ini.
Pada hampir penghujung
majlis, penceramah undangan memberikan
beberapa kejutan istemewa untuk para pelajar yang mana membuat para pelajar
tersedar dan termotivasi. Umpamanya apabila tamadun yang mereka bina dengan
susah payah di musnahkan dihadapan mereka. Ini menimbulkan rasa sedih dan tidak
puas hati di hati mereka namun mereka disedarkan tentang kepayahan perjuangan
Rasulullah membina tamadun Islam.
Setelah itu pelajar diminta
untuk menulis diatas ‘post-it’ tentang sifat jahiliyyah yang ingin mereka padam
selamanya di dalam hati mereka dan melekatkannya di badan mereka
sendiri dan berusaha menanggalkannya sendiri tanpa menggunakan tangan dan
berikrar dengan diri mereka sendiri untuk membuang sifat jahiliyyah di dalam
diri.
Pada pengakhir majlis,
semua pelajar disuruh membuat satu bulatan besar untuk aktiviti perpisahan atau
lebih dikenali sebagai aktiviti wida’ untuk bersalaman dan saling
berpesan-pesan diiringi dengan lagu ‘Selalu Bersama’ nyanyian kumpulan UNIC.
Para pelajar tidak kira usia dan latar belakang saling berpelukkan dan saling
berpesan ‘Semoga Allah memberimu kekuatan’ sesama mereka diiringi dengan
perasaan yang bercampur baur antara gembira dan sedih.
Program motivasi ini
berakhir kira-kira pukul 10 malam.
Untuk melihat gambar-gambar pada majlis tersebut, إضغط هنا
No comments:
Post a Comment