Buat kesekian kalinya, Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan (UKDK) telah mengadakan Tamu Brucai pada hari Jumaat, 1 Mac 2013M bersamaan dengan 18 Rabiulakhir 1434H, bertempat di Markas Putera yang bermula pada pukul 2 petang.
Di antara
juadah yang dijual adalah Strawberry Cheese Cake, BBQ Chicken Wings with Mushroom Sauce, Beef Cheese
French bread, Oreo Cheese Balls, Baked Rice, Hati Buyah, Custard Puff, Ayam Salai Madu, Soto
Biasa Telur, Soto Ayam, Soto Daging, Soto Special,
Nasi Ala Katok, Cornflakes Madu dan Kuih Malaya. Masing-masing berharga antara
10-20 ginih. Manakala minuman yang dijual ialah Ice Tea dan Pandan.
Semua juadah yang dijual merupakan air tangan
penuntut BruCai sendiri. Majlis yang bertemakan santai memeriahkan lagi suasana
dan terasa seperti berada di negara tercinta Brunei Darussalam. Pegawai-pegawai
kedutaan juga turut hadir ke tamu tersebut.
Dengan adanya majlis sebegini dapatlah
menguatkan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar BruCai sendiri mahupun
bersama pihak kedutaan dengan adanya sifat tolong-menolong, bertanggungjawab
dan dedikasi.
Oleh: Hazimah bte Baha.
No comments:
Post a Comment