Monday, February 23, 2015

Sambutan Hari Kebangsan Negara Brunei Darussalam kali ke-31

Doa Kesyukuran bersempena Hari Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam Kali ke-31


22hb Febuari - Dengan kerjasama kedutaan besar dan Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah, rakyat Brunei Darussalam di Kaherah Mesir telah mengadakan majlis membaca doa kesyukuran sempena Hari Kebangsaan kali ke-31 bertempat di surau bangunan Darussalam.






Majlis dimulakan dengan solat fardhu maghrib dan solat hajat berjemaah, disusuli dengan bacaan surah yaasin dan doa kesyukuran.







Bagi menyerikan lagi majlis tersebut, acara diteruskan dengan persembahan koir lagu kebangsaan Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' diikuti dengan persembahan nasyid, deklamasi sajak yang bertajuk 'Darussalam' nukilan dari Syukri Zain, nyanyian lagu patriotik 'Bendera Negara' dan 'Laungan Brunei Darussalam' dari para mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 dan tayangan video bertajuk 'Harapan Negara'  hasil rekaan Unit Media dan Publisiti, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah. 

Persembahan dari mahasiswa-mahasiswi Tahun 1

Dengan adanya majlis ini dapat meningkatkan lagi semangat patriotik dan penghayatan hari kemerdekaan dalam diri penuntut yang berada di luar negara khususnya di bumi Mesir ini.




Untuk melihat gambar-gambar pada majlis tersebut, إضغط هنا

Sunday, February 15, 2015

Program Motivasi ‘Youth : Strength of Ummah’

Program Motivasi ‘Youth : Strength of Ummah’



Pada hari Jumaat, 13hb Februari 2015 yang lalu,  sebuah program motivasi telah diadakan. Program ini mengambil tempat di surau Darussalam seusai solat Asar berjemaah.

Sebelum memulakan pengisian program, para pelajar dikehendaki untuk menyanyikan lagu ‘Demi matahari’ nyanyian Snada sebagai muqaddimah dan sebagai penyegar hati para pelajar. Setelah itu, turut  diadakan aktiviti ‘focus game’ yang motifnya untuk mengembalikan fokus pelajar. Kemudian dilanjutkan dengan pengisian.  Pengisian program  disampaikan oleh penceramah undangan yang berpengalaman  iaitu Ustazah Hajah ummi Fa’izah Hj Abdul Rahman iaitu  Mahasiswi PhD Dakwah dan Kepimpinan di UKM, Malaysia.

Program ini dibahagikan kepada tiga slot pengisian yang mantap dan memberikan kesedaran  iaitu: ‘Apa ada dengan pemuda?’. Kedua, ‘Unleashed your potential’ dan yang akhir sekali dan utama iaitu ‘Youth : Strength of ummah’.

Menariknya dengan program motivasi ini daripada program-program lain,  tiga slot pengisian ini diselang-selikan dengan aktiviti-aktiviti motivasi yang menarik dan mengembangkan minda pelajar,  umpamanya Trustfall , Membina Tamadun Islam, Balloon Game  dan lain-lain lagi.

Motif utama  aktiviti ‘games’ ini diadakan ialah supaya para peserta dapat keluar dari zon selesa dan mengenali potensi mereka sendiri. Aktiviti ‘games’ ini diadakan di dua tempat yang berbeza iaitu dewan kecil bagi perempuan dan di surau bagi lelaki untuk mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan sesuai dengan tema program ini.

Pada hampir penghujung majlis,  penceramah undangan memberikan beberapa kejutan istemewa untuk para pelajar yang mana membuat para pelajar tersedar dan termotivasi. Umpamanya apabila tamadun yang mereka bina dengan susah payah di musnahkan dihadapan mereka. Ini menimbulkan rasa sedih dan tidak puas hati di hati mereka namun mereka disedarkan tentang kepayahan perjuangan Rasulullah membina tamadun Islam.

Setelah itu pelajar diminta untuk menulis diatas ‘post-it’ tentang sifat jahiliyyah yang ingin mereka padam selamanya di dalam hati mereka dan melekatkannya di badan mereka sendiri dan berusaha menanggalkannya sendiri tanpa menggunakan tangan dan berikrar dengan diri mereka sendiri untuk membuang sifat jahiliyyah di dalam diri.

Pada pengakhir majlis, semua pelajar disuruh membuat satu bulatan besar untuk aktiviti perpisahan atau lebih dikenali sebagai aktiviti wida’ untuk bersalaman dan saling berpesan-pesan diiringi dengan lagu ‘Selalu Bersama’ nyanyian kumpulan UNIC. Para pelajar tidak kira usia dan latar belakang saling berpelukkan dan saling berpesan ‘Semoga Allah memberimu kekuatan’ sesama mereka diiringi dengan perasaan yang bercampur baur antara gembira dan sedih.

Program motivasi ini berakhir kira-kira pukul 10 malam.

Untuk melihat gambar-gambar pada majlis tersebut, إضغط هنا



Monday, February 9, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam & Penutup Dikir Malam Terakhir




إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan Para MalaikatNya berselawat (memberi kehormatan dan kebaikan) ke atas Nabi, wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan yang sebenarnya"
       (surah Al-Ahzab : 56)

Jumaat, 2hb Januari, 2015M -  Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah telah berjaya mengadakan sambutan hari kelahiran Baginda Muhammad SAW di bawah anjuran Unit Agama dan Akhlak sebagai aktiviti yang diadakan setiap tahun.

Majlis dimulakan sejurus sahaja selesai solat maghrib berjemaah yang dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dipimpin oleh ketua Unit Agama Dan Akhlak, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah, Ustaz Muhammad Ammar Fashan bin Ahmad.



Kemudian majlis dikir diserikan lagi dengan bacaan dikir Syarafil Anaam, dikir daba'ie dan qasidah yang berkisah tentang syakhsiah dan sifat Pemberi Syafaat kita, Muhammad SAW. Majlis penutup dikir ini ditutup dengan bacaan doa dikir bagi mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.  



Adapun Nabi Muhammad SAW menyeru umatnya memperbanyakkan selawat kepada beliau kerana amalan berselawat dapat menyucikan dosa, mendapat rahmat dan meninggikan darjat seseorang muslim. Mukmin yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pula dijanjikan akan menerima selawat daripada Allah SWT ke atas dirinya. 

 Antara kelebihan dan faedah berselawat adalah : 


 1 - Sebagai cara menjunjung perintah Allah seperti yang terkandung dalam surah Al-Ahzab, ayat 56. 
 2 - Membezakan umat Islam dengan orang munafiq dan golongan musyrikin kerana mereka sama sekali tidak berselawat ke atas Nabi SAW.
 3 - Selawat menutup segala keaiban pada hari kiamat.
 4 - Mendapat rahmat Allah SWT.
 5 - Sebagai jalan mendapat syafaat Nabi SAW pada hari kiamat.

Terdapat banyak lagi kelebihan dan keistimewaan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi SAW. Oleh itu, wajar kita sebagai pelajar Islam sentiasa berselawat dan menjadikannya sebagai ruti harian bagi membuktikan kecintaan dan penghormatan ke atas beliau.