Sunday, February 14, 2016

SUKAN TAHUNAN SESI 2015/2016M


Disediakan Oleh:
Abdul Wafiy bin Hj Masri
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah Mesir 2015/2016



Alhamdulillah, pada 16 November 2015 yang lepas, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah telah mengadakan aktiviti sukan tahunan sesi 2015/2016 anjuran Unit Sukan Dan Kesihatan yang mana pembukaan sukan tahunan pada kali ini diadakan pada 16 November 2015 di Markaz Syabab, Hayyu Sadis, Kaherah.

Majlis pembukaan tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat majlis iaitu Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Duta Besar Brunei Darussalam di Kaherah, pegawai-pegawai kedutaan dan mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Kaherah, Mesir.

Adapun sukan tahunan pada tahun ini terbahagi kepada 4 kumpulan; Kampilan, Kerambit, Keris dan Kelasak. Bagi memberkati majlis, bacaan Ummul Kitab diketuai oleh Ketua Unit Sukan Dan Kesihatan dan diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai.

RUMAH KELASAK

RUMAH KAMPILAN
RUMAH KERIS
RUMAH KERAMBIT

Perlawanan pertama telah dimulakan dengan perlawanan futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan yang diadakan sejurus selepas pembukaan sukan tahunan pada malam itu.

KEPUTUSAN

FUTSAL
BOLA JARING
1
*perlawanan diadakan di sukan Muhibbah akan datang
KERIS
2
KELASAK
3
KERIS
KERAMBIT
4
KERIS
KAMPILAN

Pada 20 November 2015, Hari Jumaat, perlawanan badminton telah diadakan di Markaz Syabab. Perlawanan bagi perempuan telah diadakan pada sebelah pagi, manakala bagi lelaki diadakan pada sebelah petang.

KEPUTUSAN BADMINTON

LELAKI (SINGLE)
PEREMPUAN (SINGLE)
1
KELASAK
KELASAK
2
KAMPILAN
KERAMBIT
3
KERIS
KAMPILAN
4
KERAMBIT
KERIS

LELAKI (DOUBLE)
PEREMPUAN (DOUBLE)
1
KAMPILAN
KAMPILAN A
2
KELASAK
KERAMBIT B
3
KERIS
KERIS A
4
KERAMBIT
KELASAK B

Pada 23 November 2015, Hari Isnin, perlawanan pingpong bagi lelaki yang telah diadakan di Mini hall, Bangunan Darussalam. Manakala bagi perempuan, perlawanan dart telah diadakan di Mini Library, Bangunan Darussalam. Sehari selepas itu pula, perlawanan dart bagi lelaki dan perlawanan pingpong bagi perempuan diadakan pada hari yang sama iaitu pada 25 November 2015.

KEPUTUSAN PINGPONG

LELAKI (SINGLE)
PEREMPUAN (SINGLE)
1
KAMPILAN
KELASAK
2
KERAMBIT
KERIS
3
KERIS
KAMPILAN
4
KAMPILAN
KERAMBIT

LELAKI (DOUBLE)
PEREMPUAN (DOUBLE)
1
KAMPILAN
KAMPILAN A
2
KERIS
KERIS B
3
KELASAK
KERAMBIT B
4
KERAMBIT
KERAMBIT A

KEPUTUSAN DART

LELAKI (SINGLE)
PEREMPUAN (SINGLE)
1
KELASAK
KERIS
2
KERIS
KERAMBIT
3
KERAMBIT
KAMPILAN
4
KAMPILAN
KELASAK

LELAKI (DOUBLE)
PEREMPUAN (DOUBLE)
1
KELASAK
KERAMBIT
2
KERAMBIT
KAMPILAN
3
KERIS
KERIS
4
KAMPILAN
KELASAK

Perlawanan bowling juga dipertandingkan pada tahun ini. Ianya diadakan pada 27 November 2015, hari Jumaat di International Bowling Centre.

KEPUTUSAN BOWLING

LELAKI (SINGLE)
PEREMPUAN (SINGLE)
1
KERIS
KAMPILAN
2
KELASAK
KELASAK
3
KAMPILAN
KERAMBIT
4
KERAMBIT
KERIS

LELAKI (DOUBLE)
PEREMPUAN (DOUBLE)
1
KERIS
KERIS
2
KAMPILAN
KAMPILAN
3
KERAMBIT
KELASAK
4
KELASAK
KERAMBIT

MIX-DOUBLE
1
KELASAK B
2
KAMPILAN B
3
KERIS A
4
KERAMBIT A


Acara kemuncak bagi sukan tahunan pada tahun ini ialah acara perlawanan Tarik kalat diantara rumah-rumah sukan bagi lelaki. Perlawanan diadakan di Markaz Syabab pada 27 November 2015, Hari Ahad. Rumah Kelasak telah mendahului Rumah Kampilan dengan mendapatkan tempat ke-tiga. Manakala Rumah Keris dan Kerambit akan bersaing dikemuncak acara sukan Muhibbah yang akan datang bagi meraih tempat pertama.

gambar selebihnya, klik sini:


Saturday, January 23, 2016

MAJLIS PEMBUKA TIRAI BKPBDK SESI 2015/2016




Disediakan Oleh:
Nurul Atiqah bte Hj Abdul Latif
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah sesi 2015/2016



Barisan AJK BKPBDK 2015/2016

Majlis tersebut diadakan pada hari Ahad, 8hb November 2015M bersamaan dengan 26 Muharram 1437H di surau Darussalam.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diketuai oleh Ketua Unit Sukan dan Kesihatan, Muhammad Abu Hurairah bin Ariffin dan seterusnya bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh Ketua Unit Agama dan Akhlak, Ustaz Awangku Md Faris Ramadhani bin Pg Hj Sellahuddin.




Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Ustaz Awangku Khairul Ikhwan bin Pengiran Alit, Bendahari Agung 1 dan disertai bacaan doa tolak Bala yang diketuai oleh Ustaz Awangku Mohammad Qamarussalihin bin Pengiran Mohd Saifuddin, Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan. Majlis disusuli dengan bacaan doa Kesyukuran dan doa peliharakan sultan oleh Ustaz Abdul Hafiy bin Yahya, Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan.





Majlis ini juga diisi dengan ucapan Presiden BKPBDK sesi 2015/2016M, Ustaz Mohammad Afif bin Haji Japar sejurus membaca doa bahawa beliau memulakan kalam dengan sepotong ayat dari Surah an-Nisaa’, ayat 59 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Beliau juga menekankan tentang slogan Brucai agar warga merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka iaitu ‘Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber’ yang bermaksud berkerjasama antara satu sama lain untuk menjadi seorang cendekiawan Islam yang berkarisma dan berkebolehan untuk menjadi harapan Negara Brunei Darussalam.


Majlis diakhiri dengan solat Isya’ berjemaah yang diketuai oleh Ketua Unit Media dan Publisiti, Ustaz Muhammad Najib bin Haji Aliakbar dan seterusnya menikmati jamuan. Dengan berakhirnya acara tersebut, bermulalah tugasan AJK BKPBDK sesi 2015/2016M.

Gambar selebihnya, klik sini:

Friday, December 25, 2015

KEMPEN SATU BRUCAI SESI 2015/2016


Disediakan Oleh:
Hj Ahmad Faiz bin Hj Daim
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Negara Brunei Darussalam Di Kaherah sesi 2015/2016



Hari Sabtu, 7hb November 2015, Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKDK) telah mengadakan sebuah kempen kebersihan yang man kesemua mahasiswa dan mashasiswi diminta untuk turut serta bagi mengungkayahkan aktiviti tersebut. Antara tempat yang dibersihkan ialah  kawasan luar dan sekitar bangunan Darussalam, surau, perpustakaan mini, dewan serbaguna (minihall), dapur dan tandas.

Dengan tema “Kempen Satu Brucai” adalah bertujuan untuk melahirkan salah satu sifat mahmudah iaitu sifat mementingkan kebersihan kerana ianya adalah sebahagian daripada iman. Antara tujuan lain adalah untuk menanai sifat kerjasama di antara satu sama lain.

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa”
(Surah Al-Maidah : 2)

Bermula jam 1 petang, semua ahli BKPBDK dijemput untuk makan tengahari bertempat di minihall sebelum diarahkan untuk bergotong-royong. Selepas itu di bahagikan tugas mengikut unit masing-masing.

Mahasiswa daripada ahli-ahli UPDP dan UMDP diarahkan untuk membersihkan kawasan lobi dan tangga menuju surau. Sementara mahasiswa daripada ahli-ahli Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan membersihkan kawasan lorong, bilik UKDK dan tandas lelaki dan ahli-ahli USDK membersihkan kawasan lorong, bilik AJK dan juga tandas lelaki. Kesemua ahli UADA diarahkan untuk mengemaskan Surau Darussalam dan perpustakaan mini.


Tidak lupa juga mahasiswi daripada ahli-ahli UKDK, USDK dan UMDP ditugaskan untuk membersihkan kawasan minihall dan tandas perempuan. Manakala mahasiswi dari UPDP ditugaskan untuk membersihkan dewan serbaguna (mini hall) dan perpustakaan mini.

Alhamdulillah, kempen ini telah berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama semua para mahasiswa dan mahasiswi. Syabas dan diucapkan ribuan terima kasih diatas keprihatinan dan tanggungjawab masing-masing bagi  menjayakan aktiviti ini.




Friday, December 4, 2015

MAJLIS INTIKHABAT AJK BKPBDK SESI 2015/2015M



Barisan AJK BKPBDK 2015/2016M

Alhamdulilah, seperti lazimnya Majlis Intikhabat AJK BKPBDK akan diadakan setiap tahun bagi perlantikan ahli jawatan kuasa yang baru.

Pada 24hb Oktober 2015M, Ahad bertempat di surau Darussalam, Majlis Intikhabat telah pun berjalan dengan lancar. Majlis ini dihadiri oleh Ustaz Sirimi bin Haji Jamali, dan mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Kaherah, Mesir.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengerusi majlis, Ustaz Muhd Faizes bin Maslih, ucapan dari Presiden Ajk BKPBDK 2014/2015M, Ustaz Muhd Thaqif bin Haji Baha, dan ucapan dari tetamu kehormat majlis, Ustaz Sirimi bin Haji Jamali.

Acara diteruskan lagi dengan pengumuman calon-calon tiga teratas bagi setiap unit iaitu Unit Agama dan Akhlak, Unit Pelajaran dan Penerangan, Unit Sukan dan Kesihatan, Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Unit Media dan Publisiti  dan tiga jawatan tertinggi iaitu Presiden dan naib, Setiausaha Agung 1 dan  2  dan Bendahari Agung 1 dan 2.

Ahli Jawatan Kuasa BKPBDK 2015/2016M

PRESIDEN
Mohd Afif bin Haji Japar
NAIB PRESIDEN
Hamizah binti Haji Mintir
SETIAUSAHA AGUNG 1
Muhd Izzuddin Fathullah bin Hj Ahmad
SETIAUSAHA AGUNG 2
Aqilah bte Haji Ayop
BENDAHARI AGUNG 1
Ak Khairul Ikhwan bin Pg Alit
BENDAHARI AGUNG 2
Dk Nurfaiezah bte  Pg Hj Kamaluddin
KETUA UADA
Ak Md Faris Ramadhani
bin Pg Hj Sellahuddin
NAIB KETUA UADA
Nur Fareeza Syahirah bte Rosli
KETUA UPDP
Abdul Hafiy bin Yahya
NAIB KETUA UPDP
Dk Siti Raudhatun Nabilah
bte Pg Mohd Anuar
KETUA USDK
Muhd Abu Hurairah bin Ariffin
NAIB KETUA USDK
Nur Batrisyia bte Zainuddin
KETUA UKDK
Ak Md Qamarussalihin
bin Pg Mg Saifuddin
NAIB KETUA UKDK
Dk  Raihan Adilah bte Pg Hj Azahari
KETUA UMDP
Muhd Najib bin Hj Aliakbar
NAIB KETUA UMDP
Siti Nuramirah Syafiqah bte Muhd Juhari

Presiden 2015/2016M (kiri)

Naib Presiden 2015/2016M (kanan)


Penandatanganan kontrak diantara Presiden sesi 2014/2015M dan Presiden sesi 2015/2016M diadakan setelah pengumuman Ahli Jawatan Kuasa yang baru dan selepas itu, penyampaian sijil penghargaan kepada AJK BKPBDK sesi 2014/2015M yang diserahkan oleh Ustaz Sirimi, dan penyampaian cenderahati bagi tetamu kehormat majlis.


Diakhir majlis, doa selamat telah dibacalan oleh Ketua UADA sesi 2015/2016M, Ustaz Ak Muhd Faris Ramadhani bin Pg Hj Sellahuddin. Setelah itu, mengadakan jamuan dan bersurai.


tekan sini untuk gambar selebihnya:


Friday, November 27, 2015

PROGRAM MINGGU TA’ARRUF MUSTAGIDIN DAN MUSTAGIDAT 2015



Rehlah hari pertama: Makam Anwar Sadat

Seperti lazimnya, Program Minggu Ta’arruf Mustagidin dan Mustagidat diadakan setiap tahun bagi menyambut kedatangan Para Mahasiswa dan Mahasiswi yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Al-Azhar.

Adapun program Minggu Ta’arruf kali ini dijalankan selama sebelas hari, bermula dari 8hb Oktober 2015M hingga 18hb Oktober 2015 tahun ini. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan adalah seperti berikut:

Hari Pertama:

Hari pertama program ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan diselajurkan dengan perkumpulan Usrah Brucai di Surau Darussalam yang mana aktiviti ini selalunya diadakan pada malam Juma’at. Setelah Solat Isyak pula, aktiviti seperti sesi suai kenal, ‘Ice breaking’ dan Qiyamullail diadakan bagi menghidupkan hari pertama Program Minggu Ta’arruf.


Hari Kedua:

Hari kedua program ini pula disambung dengan ‘Morning Walk’ pada pagi hari Jumaat.

Hari Ketiga:

Hari ketiga pula diadakan Majlis Kongsisama daripada para pelajar senior BruCai. Para senior BruCai yang terlibat dalam memberikan kongsisama bagi pelajar lelaki ialah Ustaz Hilman bin Hj Salim, Ustaz Md Nazerul Wafiq bin Hj Hussin, Ustaz Muhd Husen bin Hj Ibrahim, Ustaz Nurhazmie bin Hj Razali, Ustaz Md Adham bin Hashim, Ustaz Ak Ahmad Hasanuddin bin Pg Hj Tejuddin dan Ustaz Muhd Thaqif bin Hj Baha. Manakala penyampai kongsisama bagi pelajar perempuan ialah Nurul Munirah bte Awg Jumat dan Siti Nurul Hazwani bte Hj Md Yussof. Dalam kongsisama mereka, mereka memberikan pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang bermanfaat bagi pelajar-pelajar baru.

Hari Keempat:
Hari keempat pula disambung dengan aktiviti riadhah, iaitu permainan Futsal bagi pelajar lelaki danNetball bagi pelajar perempuan. Para pelajar senior juga turut serta dalam memeriahkan acara ini

Hari Kelima:

Hari kelima pula dianjurkan Kelas Bahasa Arab ‘Ammi bagi memberikan sedikit tunjuk ajar kepada para pelajar baru untuk memudahkan komunikasi seharian mereka dengan penduduk-penduduk Mesir. Tenaga pengajar bagi kelas ini ialah terdiri daripada pelajar senior BruCai iaitu Ustaz Muhd Husen bin Hj Ibrahim dan Ustazah Hamizah bte Hj Mintir.

Hari Keenam:

Hari keenam pula diadakan taklimat keselamatan dari Tuan Haji Daud bin Hj Johari (Setiausaha 1, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam) dan Ustaz Sirimi bin Haji Jamali (Pegawai Kesejahteraan). Dalam taklimat tersebut, mereka memberikan sedikit peringatan kepada para pelajar baru mengenai keselamatan mereka selama mereka berada di Mesir.

Hari Ketujuh:

Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi
Hari ketujuh pula ialah hari yang amat dinantikan oleh semua pelajar baru dan sebahagian para pelajar senior yang turut serta, iaitu Rehlah Cairo. Rehlah ini merangkumi lawatan ke destinasi yang lazimnya dituju di Kawasan Kaherah. Tempat-tempat lawatan adalah Makam Anwar Sadat, Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Imam Syafi’e, Piramid (Giza), Sungai Nil (Falukah) dan Tajammu’ Khamis (IKEA).

Hari Kelapan:

Pada hari yang kelapan, para pelajar baru diberikan peluang untuk membuat persiapan bagi Majlis Penutup Minggu Ta’arruf 2015 yang diadakan di hari kemuncak Program Minggu Ta’arruf ini, yang mana majlis ini diberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada mereka.

Hari Kesembilan:

Di hadapan Masjid Sayyidah Nafisah
Hari kesembilan juga merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh para pelajar baru, iaitu Rehlah Islamiyyah. Pada hari tersebut, para pelajar berpeluang untuk menziarahi masjid-masjid yang terkenal di mesir dan juga makam-makam. Tempat-tempat yang dituju ialah: Masjid Amru bin Al-Ash, Masjid Sayyidah Nafisah, Masjid Sultan Hassan/4 Madzhab, Masjid Imam Rifa’I, Makam Imam As-Suyuti, Makam Ibnu Atoillah Al-Iskandary, Makam Syekh Asrof Ar-rifa’i Al-Husaeny dan Makam Abu Zamroh. Segelintir para pelajar senior juga turut serta dalam lawatan ini.

Hari Kesepuluh:
Pada hari yang kesepuluh pula, para pelajar baru sekali lagi diberikan peluang terakhir untuk membuat persiapan agar Majlis Penutup Minggu Ta’arruf yang dijalankan oleh mereka berjalan dengan lancar dan teratur.

Hari Kesebelas:
Hari yang terakhir ini merupakan hari kemuncak Program Minggu Ta’arruf 2015, iaitu Majlis Penutup Minggu Ta’arruf 2015 dan diteruskan dengan Majlis Penutup Tirai Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah 2014/2015. Tetamu Kehormat dalam Majlis ini ialah Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir.

Dengan adanya Program Minggu Ta’arruf bagi Mustagidin dan Mustagidat ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu dan memberikan manfaat yang berharga kepada mereka selama program ini dijalankan. Adapun objektif program ini diadakan adalah bagi memberikan sedikit tunjuk ajar kepada mereka dalam mengharungi dan menyesuaikan diri dalam kehidupan seharian yang baru di luar negara. Juga membina hubungan silaturrahim antara pelajar baru dan warga Brucai.

tekan sini untuk gambar selebihnya:



Monday, October 12, 2015

MAJLIS KONVOKESYEN GRADUAN BRUNEI DARUSSALAM UNIVERSITI AL-AZHAR SESI 2014/2015M

Sabtu, 3 Oktober 2015

Seramai 33 orang graduan Negara Brunei Darussalam di Mesir telah diraikan di Azhar Conference Centre anjuran Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah, Mesir. 


Hadir selaku tetamu kehormat majlis Al-Fadhil Ustaz Doktor Mohamed Abu Hasyim, Naib Rais Universiti Al-Azhar Asy-Syarief. Hadir pada majlis tersebut Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Tuan Yang Terutama Ustaz Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin beserta pegawai-pegawai kedutaan dan penuntut Brunei Darussalam Di Mesir.

Bacaan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh Awang Md. Najib bin Hj Ali Akbar diikuti dengan ucapan alu-aluan dari wakil graduan, Awang Abd Hafiz bin Samat. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tuan Yang Terutama  Ustaz Haji Abdul Kahar Bin Haji Hussin dan ucapan daripada Al-Fadhil Ustaz Doktor Mohamed Abu Hasyim.

Majlis Konvokesyen Sesi 2014/2015 disempurnakan dengan penyampaian sijil daripada tetamu kehormat majlis. 29 graduan terdiri daripada penerima ijazah sarjana muda fakulti Syariah, Usuluddin dan Lughah. 3 graduan terdiri daripada penerima ijazah " Takhassus Al-Quran dan Qiraat Syoubra" dan seorang graduan merupakan penerima ijazah dalam bidang "Science in Microbiology", mahasiswi Universiti Iskandariyah.


Doa selamat dibacakan bagi penutup majlis serta sesi bergambar ramai para graduan bagi mengabdikan kenangan bersama tetamu kehormat majlis dan Duta Besar Negara Brunei Darussalam Di Kaherah, Mesir.

Untuk melihat gambar-gambar pada majlis tersebut, إضغط هنا