Rehlah hari pertama: Makam Anwar Sadat |
Seperti
lazimnya, Program Minggu Ta’arruf Mustagidin dan Mustagidat diadakan setiap
tahun bagi menyambut kedatangan Para Mahasiswa dan Mahasiswi yang baru sahaja
menjejakkan kaki di bumi Al-Azhar.
Adapun
program Minggu Ta’arruf kali ini dijalankan selama sebelas hari, bermula dari
8hb Oktober 2015M hingga 18hb Oktober 2015 tahun ini. Aktiviti-aktiviti yang
telah dianjurkan adalah seperti berikut:
Hari
Pertama:
Hari pertama
program ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan diselajurkan dengan
perkumpulan Usrah Brucai di Surau Darussalam yang mana aktiviti ini selalunya
diadakan pada malam Juma’at. Setelah Solat Isyak pula, aktiviti seperti sesi
suai kenal, ‘Ice breaking’ dan Qiyamullail diadakan bagi menghidupkan hari
pertama Program Minggu Ta’arruf.
Hari
Kedua:
Hari kedua
program ini pula disambung dengan ‘Morning Walk’ pada pagi hari Jumaat.
Hari
Ketiga:
Hari ketiga
pula diadakan Majlis Kongsisama daripada para pelajar senior BruCai. Para
senior BruCai yang terlibat dalam memberikan kongsisama bagi pelajar lelaki
ialah Ustaz Hilman bin Hj Salim, Ustaz Md Nazerul Wafiq bin Hj Hussin, Ustaz Muhd
Husen bin Hj Ibrahim, Ustaz Nurhazmie bin Hj Razali, Ustaz Md Adham bin Hashim,
Ustaz Ak Ahmad Hasanuddin bin Pg Hj Tejuddin dan Ustaz Muhd Thaqif bin Hj Baha.
Manakala penyampai kongsisama bagi pelajar perempuan ialah Nurul Munirah bte
Awg Jumat dan Siti Nurul Hazwani bte Hj Md Yussof. Dalam kongsisama mereka,
mereka memberikan pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang bermanfaat bagi
pelajar-pelajar baru.
Hari keempat pula disambung dengan aktiviti riadhah, iaitu permainan Futsal bagi pelajar lelaki danNetball bagi pelajar perempuan. Para pelajar senior juga turut serta dalam memeriahkan acara ini
Hari kelima
pula dianjurkan Kelas Bahasa Arab ‘Ammi bagi memberikan sedikit tunjuk ajar
kepada para pelajar baru untuk memudahkan komunikasi seharian mereka dengan
penduduk-penduduk Mesir. Tenaga pengajar bagi kelas ini ialah terdiri daripada pelajar
senior BruCai iaitu Ustaz Muhd Husen bin Hj Ibrahim dan Ustazah Hamizah bte Hj
Mintir.
Hari
Keenam:
Hari keenam
pula diadakan taklimat keselamatan dari Tuan Haji Daud bin Hj Johari (Setiausaha
1, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam) dan Ustaz Sirimi bin Haji Jamali
(Pegawai Kesejahteraan). Dalam taklimat tersebut, mereka memberikan sedikit
peringatan kepada para pelajar baru mengenai keselamatan mereka selama mereka
berada di Mesir.
Hari
Ketujuh:
Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi |
Hari ketujuh
pula ialah hari yang amat dinantikan oleh semua pelajar baru dan sebahagian
para pelajar senior yang turut serta, iaitu Rehlah Cairo. Rehlah ini merangkumi
lawatan ke destinasi yang lazimnya dituju di Kawasan Kaherah. Tempat-tempat
lawatan adalah Makam Anwar Sadat, Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Imam
Syafi’e, Piramid (Giza), Sungai Nil (Falukah) dan Tajammu’ Khamis (IKEA).
Hari
Kelapan:
Pada
hari yang kelapan, para pelajar baru diberikan peluang untuk membuat persiapan
bagi Majlis Penutup Minggu Ta’arruf 2015 yang diadakan di hari kemuncak Program
Minggu Ta’arruf ini, yang mana majlis ini diberikan tanggungjawab sepenuhnya
kepada mereka.
Hari
Kesembilan:
Di hadapan Masjid Sayyidah Nafisah |
Hari kesembilan
juga merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh para pelajar baru, iaitu Rehlah
Islamiyyah. Pada hari tersebut, para pelajar berpeluang untuk menziarahi
masjid-masjid yang terkenal di mesir dan juga makam-makam. Tempat-tempat yang
dituju ialah: Masjid Amru bin Al-Ash, Masjid Sayyidah Nafisah, Masjid Sultan
Hassan/4 Madzhab, Masjid Imam Rifa’I, Makam Imam As-Suyuti, Makam Ibnu Atoillah
Al-Iskandary, Makam Syekh Asrof Ar-rifa’i Al-Husaeny dan Makam Abu Zamroh.
Segelintir para pelajar senior juga turut serta dalam lawatan ini.
Hari
Kesepuluh:
Pada
hari yang kesepuluh pula, para pelajar baru sekali lagi diberikan peluang
terakhir untuk membuat persiapan agar Majlis Penutup Minggu Ta’arruf yang
dijalankan oleh mereka berjalan dengan lancar dan teratur.
Hari
Kesebelas:
Hari
yang terakhir ini merupakan hari kemuncak Program Minggu Ta’arruf 2015, iaitu
Majlis Penutup Minggu Ta’arruf 2015 dan diteruskan dengan Majlis Penutup Tirai
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah 2014/2015. Tetamu
Kehormat dalam Majlis ini ialah Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji
Hussin, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir.
Dengan
adanya Program Minggu Ta’arruf bagi Mustagidin dan Mustagidat ini, ianya
sedikit sebanyak dapat membantu dan memberikan manfaat yang berharga kepada
mereka selama program ini dijalankan. Adapun objektif program ini diadakan
adalah bagi memberikan sedikit tunjuk ajar kepada mereka dalam mengharungi dan
menyesuaikan diri dalam kehidupan seharian yang baru di luar negara. Juga
membina hubungan silaturrahim antara pelajar baru dan warga Brucai.
tekan sini untuk gambar selebihnya:
No comments:
Post a Comment