Tausiah Syeikh Youssef Req Al-Bakhour Al-Hasani Hafizahullah
26.03.2015
Tausiah kali ini Syeikh menumpukan pada kitab Ayyuhal Walad karangan
Imam Ghazali Rahimahullah, yang mana antara pengisian yang dikupas ialah :
·
Rasulullah
Salllallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (اللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع) yang membawa maksud “ya Allah, aku berlindung dari ilmu yang tidak
bermanfaat” iaitu ilmu yang tidak diamalkan. Syeikh lalu membawa kami untuk
sama-sama bermuhasabah untuk apa kita belajar. Jika kita belajar kerana
kerja/dunia, ketahuilah kita telah gagal kerana belajar ilmu agama itu bukan
untuk dunia.
·
Para
imam-imam besar tidak pernah terbayang ketika mengumpul ilmu-ilmu itu mereka
akan menjadi imam besar atau ulama. Bukan ilmu yang mengangkat martabat mereka
walaupun ilmu adalah sebab yang menjadikan mereka imam besar. Akan tetapi ketakwaan
mereka kepada Allah yang mengangkat mereka, dan dengan mengamalkan ilmu mereka serta mengharapkan redha Allah
Subhanahu Wa Taala. Sebagaimana firman Allah Ta’ala, (واتقوا الله ويعلمكم الله)
· Syeikh
bertanya, “ Apakah dia ilmu yang tidak bermanfaat?” Lalu beliau menjawab, “ Ilmu
yang menjadikan sohibnya terfitnah, tergoda kepada dunia”.
· Imam
Ghazali sebagaimana dalam kitab Ayyuhal Walad memulai dengan rasa kasih kepada
anak muridnya. Begitulah selayaknya hubungan antara seorang guru dengan anak
murid. Akan tetapi inilah yang susah didapati pada masa kini.
· Syeikh
mengingatkan bahawa terdapat juga beberapa pelajar yang sudah selesai pengajian
tapi tidak tahu nama guru –gurunya. Jadi bagaimana sanad itu akan tersambung?.
Antara tuntutan yang perlu diketahui itu adalah siapa yang membawai sanad,
apakah dia orang yang soleh dan lain-lain.
·
Nasihat
yang pertama di dalam kitab Ayyuhal Walad: Mafhum daripada sabda Rasulullah
Sollallahu Alaihi Wasallam tentang tanda Allah berpaling dari seorang hamba ialah
apabila seorang hamba itu sibuk dengan perkara yang tidak bermanfaat. Apabila
umurnya sudah mencecah 40 tahun dan kebaikannya belum mengalahkan keburukannya
maka bersiap-siaplah dia untuk ke neraka.
·
الأمم تنجح بإفادة العلم Waktu itu adalah usia kita. Tugas kita sekarang adalah untuk belajar.
Belajarlah daripada seorang yang tua tentang bagaimana menjalankan kehidupan
dan janganlah hanya dengan membaca sahaja.
·
Nasihat
yang kedua : Nasihat itu mudah tetapi masalahnya di sini adalah menerimanya. Kita
merasa nasihat itu adalah perintah tapi sebenarnya bukan begitu. ketahuilah
orang yang menasihati kita adalah mereka yang mencintai kita. Orang yang
mencintai itu bukanlah orang yang mengikuti apa yang kita mahu sebab itu hanya
akan menjerumuskan kita.
·
Sekarang kita
berada di antara 2 marhalah iaitu kekurangan dan ingin menuju kesempurnaan,
masalahnya ialah apabila kita merasakan kita benar-benar sempurna.Kita tidak
mahu menerima nasihat kerana merasa lebih besar dari perkara yang dinasihati.
·
Siapakah
orang yang hanya memiliki kebaikan sahaja? Hanya Nabi Muhammad Sollallahu
Alaihi Wasallam dan kita hanya manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan. Kesalahan
menuntut kita untuk dinasihati agar kita keluar daripada kesalahan.
·
Sabda
Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam : (أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لا ينفعه الله بعلمه) yang bermaksud “orang yang paling pedih azabnya di hari kiamat ialah
orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya”.
·
Nasihat
yang ketiga: Janganlah kamu termasuk orang yang muflis dari amal kebaikan, dan
yakinlah ilmu yang tidak diamalkan tidak akan menyelamatkan. Ilmu tidak akan
bermanfaat kecuali jika digunakan.
·
Nasihat
yang keempat : walaupun belajar ilmu 100 tahun kalau tidak diamalkan tidak akan
mendapatkan rahmat Allah kerana rahmat Allah akan turun jika ilmu itu
diamalkan. Sebagaimana di dalam hadith Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam
:
(بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام
الصلاة وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت من إستطاع إليه سبيلا)
Semua perkara di dalam hadith ini menuntut kita
untuk beramal kerana iman itu bukan hanya dengan kata-kata akan tetapi diakui
dengan hati kemudian diamalkan dengan anggota badan. Orang yang masuk syurga
bukan dengan amalnya tetapi dengan rahmat Allah.
No comments:
Post a Comment