IHYA ‘ULUMUDDIN
BIODATA PENULIS
Nama
beliau ialah Al-Imam Al-Faqih Al-Mujtahid Zainuddin Muhammad Bin Muhammad Bin
Muhammad Abu Hamid Al-Ghazali At-Thusi, Asy-Syafi’e, Hujjatul Islam wal
Muslimin, wal A’immatuddin Radhiallahu Ta’ala ‘anhu.
Beliau diberi banyak gelaran antaranya; Hujjatul Islam, Imam Al-Faqih,
Al-Mujtahid, Zainuddin dan ‘Ujubatuz Zaman.
Imam
Al-Ghazali adalah seorang yang sangat hebat, beliau ialah seorang yang Faqih,
seorang Sufi, Mutakallim dan Failasuf.
Beliau lahir pada tahun 405 H di satu tempat yang bernama Tus yang
berada d Bandar Khurasan. Beliau wafat pada tahun 505 H iaitu pada 14
Jamadilakhir bersamaan dengan 18hb Disember tahun 1111 M.
Imam Al-Ghazali mempunyai seorang adik
yang diberi nama Abul Fath bin Muhammad bin Ahmad At-Tusi Al-Ghazali. Beliau
digelar sebagai Majduddin.
Guru
yang paling rapat dengan Imam Al-Ghazali ialah Imam Al-Haramain Al-Juwaini
hafizahullah.
Imam
Al-Ghazali disifatkan sebagai seorang yang warak dan zuhud.
Imam Al-Ghazali dan adiknya:
Diceritakan bahawa bapa kepada Imam
Al-Ghazali merupakan seorang yang soleh, sufi dan pencinta ilmu. Nama beliau
ialah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali, seorang penenun kain yang
menjual kainnya di Bandar Tus. Beliau suka hadir ke majlis ilmu dan suatu hari
ketika beliau hadir ke majlis ilmu dan mendengar kalam fuqahaa, beliau menangis
dan memohon supaya dikurniakan anak seperti fuqaha-fuqaha yang menyampaikan
ilmu.
Doa
beliau dikabulkan dan beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki yang mana
kedua-duanya merupakan faqih di dalam agama.
Harapan beliau untuk melihat
anaknya membesar menjadi fuqaha di depan matanya tidak kesampaian apabila ajal
lebih awal menjemputnya. Sebelum beliau wafat beliau sempat berpesan kepada
sahabatnya yang juga seorang ahli Sufi untuk mentarbiyah dan menolong
anak-anaknya dalam menuntut ilmu.
Dikisahkan suatu hari ketika Imam
Al-Ghazali hendak pulang ke Tus selepas menghabiskan masa beberapa bulan
belajar di Jarhaan, beliau telah dirompak. Ketika itu beliau bersama dengan
sekumpulan pedagang yang membawa barang-barang mereka dan Imam Al-Ghazali
membawa bersamanya catatan-catatan yang ditulisnya sepanjang dia belajar. Imam
Al-Ghazali sangat menyayangi catatannya ini dan menjaganya seperti khazanahnya.
Imam
Al-Ghazali meminta balik catatannya daripada perompak tersebut, perompak itu
bertanya apa yang ada di dalam catatan tersebut sehingga Imam Al-Ghazali
benar-benar mempertahankan catatannya itu. Lalu Imam Al-Ghazali menjawab
catatan tersebut adalah ilmu-ilmu yang didapatinya sepanjang beliau berhijrah
untuk belajar di Jarhaan. Perompak itu ketawa mendengar kata-kata Imam
Al-Ghazali lalu berkata, “Begaimana mungkin engkau mendakwa engkau mempunyai
ilmu, sedangkan ketika kami mengambilnya ilmumu terus hilang.”
Imam
Al-Ghazali lantas tersedar dan berazam untuk menghafal segala yang pernah
dipelajarinya sehingga jika sekiranya dia dirompak sekali lagi, dia tidak akan
merasa kehilangan apa-apa.
Mencari al 'ilmu al yaqini:
Beliau dikisahkan jatuh sakit dan sedang mencari penawar bagi sakitnya,
beliau melalui 4 fasa sebelum bertemu dengan penawar yang dicarinya.
Fasa pertama: beliau mengkaji tentang ‘ilmu al-Kalam. Beliau
mengkaji Al-Asya’irah, Al-Maaturidiyah dan Al-Muktazilah, tapi tidak menemui
apa-apa jawapan.
Fasa Kedua: Beliau mengkaji mengenai ilmu Falsafah, beliau
mendapati golongan ini terlalu mementingkan akal, disini juga beliau tidak
menemui apa-apa jawapan.
Fasa ketiga: Kemudian beliau berpindah mengkaji Al-Bathaniah
Al-Imamiah, golongan ini terlalu taksub dengan imam dan disini juga beliau
tidak menemukan apa-apa.
Fasa keempat: Beliau berpindah ke kelompok para sufi. Beliau
tidak keluar dari kelompok para Sufi sehingga akhirnya beliau sendiri menjadi
ahli sufi.
Keramat Imam Al-Ghazali:
Sheikh
‘Abdullah bin As’ad Al-Yafi’I berkata:
Sesungguhnya Al-‘Alamah Qitbul Yaman ‘Ismail bin Muhammad
Al-Khadrami bertanyakan tentang tasanif (karangan-karangan) Imam Al-Ghazali.
Lalu dijawab:
Muhammad bin Abdullah adalah Sayyidul Anbiya.
Muhammad bin Idris Asy-Syafi’e adalah Sayyidul A’immah.
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali adalah Sayyidul Musannifin.
Antara keramat beliau juga ialah tentang kisah pembakaran
kitab ihya ‘Ulumuddin. Sheikh Imam Al-Kabir Abaal Hasan ‘Ali bin Harzaham
Al-Maghrabi, seorang Ahli fiqh yang masyhur dan sangat ditaati. Beliau ialah
antara orang yang tidak mengakui kebaikan kitab Ihya ‘Ulumuddin. Suatu hari,
beliau memerintahkan untuk dikumpulkan kitab Ihya ‘Ulumuddin dan dibakar kitab
tersebut di sebuah masjid pada hari jumaat. Pada malam jumaat beliau bermimpi
seolah-olah beliau berada di dalam masjid dan melihat Rasulullah SAW bersama Sayyidina
Abu Bakar dan Sayyidina ‘Umar radiallahu ‘anhuma dan dihadapan Rasulullah SAW
ialah Imam Al-Ghazali.
Ketika Sheikh tersebut mendekati, berkata Imam Al-Ghazali
terhadap Rasulullah,”Ya Rasulullah, ini adalah musuhku. Jika sekiranya apa yang
ada di dalam Ihya itu seperti sangkaan beliau, maka aku bertaubat kepada Allah.
Jika Ihya itu sesuatu yang ku hasilkan daripada berkahmu dan mengikut sunnahmu,
maka ambilkan hakku daripada musuhku.”
Maka Rasulullah SAW pun menyemak buku Ihya sehingga habis
dan berkata, “Demi Allah, ini adalah sesuatu yang baik.”
Sayyidina Abu Bakar
dan Sayyidina ‘Umar juga mengakui
tentang kebaikan kitab Ihya tersebut.
Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar gamis Sheikh Abul
Hasan dibuka dan menghadnya (memukulnya) seperti had al-muftara. Ketika sampai pukulan ke-5,
Sayyidina Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, mungkin dia menyangka bahawa kitab
Ihya bertentangan dengan sunnahmu dan salah dalam sangkaannya.”
Maka Imam Al-Ghazali pun redha. Kemudian terjaga Sheikh Abul
Hasan dari tidurnya, dan merasakan ada bekas pukulan di tubuhnya, dan beliau
menceritakan perkara tersebut pada sahabat-sahabatnya. Beliau bertaubat kepada
Allah atas pengingkarannya terhadap kitab Ihya ‘Ulumuddin.
Pengaruh Imam Al-Ghazali di dalam Islam.
Imam
Al-Ghazali merupakan seorang mujaddid kurun ke-5, tiada khilaf diantara ‘ulama
mengenai perkara tersebut.
Buku-buku beliau banyak dijadikan rujukan muktabar dalam banyak bidang seperti;
Kitab Al-Basit dijadikan rujukan dalam bidang Fiqh.
Kitab Ihyaa
‘Ulumuddin adalah rujukan dalam bidang aqidah, falsafah dan syari’ah.
Pemikiran
beliau juga turut dikaji kerana ketajaman akal beliau dan kehebatan beliau
dalam menyusun ilmu. Malahan beliau juga turut dikenali sehingga ke Eropah.
Karangan-karangan Imam Al-Ghazali
· Kitab Ihyaa
Ulumuddin
· Kitab Ayyuhal
Walad
· Kitab Bidayatul Hidayah
· Kitab
Raudhatut Talibin wa ‘Umdatussalikin
Dan banyak lagi.
Dan banyak lagi.
Kewafatan:
Adik
kepada Imam Al-Ghazali, Sheikh Ahmad menceritakan:
“Pada subuh hari Isnin, Imam Al-Ghazali mengambil wudhu dan
melaksanakan solat, kemudian beliau meminta kain kafan, lalu diberikan
kepadanya, beliau pun mengambilnya dan meletakkannya dihadapannya, kemudian
beliau berkata, ‘Saya mendengar dan taat untuk menemui Yang Maha Kuasa.’
Kemudian beliau berbaring menghadap kiblat dan wafat sebelum
Isfar.” Beliau wafat pada tahun
505 H dan dikuburkan di luar Bandar Tus.
KETERANGAN
KITAB
Nama Buku : Ihya ‘Ulumuddin, Li Hujjatil Islam
Abi hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, wabihamishihi Al-Mughni ‘An hamlil
Asfar fi takhrij ma fil Ihya’min Akhbar lil ‘Alamah Zainuddin Abil Fadhi ‘Abdur
Rahim bin Al-Husin Al-Iraqi, Wa bi zailihi Ta’rif Al-Ihya bi Fadhailil Ihya lil
‘Alamah ‘Abdul Qadir bin Syeikh bin Abdullah bin Al-Aidarus wa Al-Imla ‘an
Isykalatil Ihya lil Imam Al-Ghazali nafsah
Penulis Kitab : Abi hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali
Cetakan : Enam, tahun 2013M/1434H. Kitab yang digunakan ini
tidak ada pentahqiqnya akan tetapi Tob’ah lain ada yang ditahqiq.
Keluaran : Darussalam.
Jumlah Mukasurat : 1995 mukasurat termasuk fahras (indeks)
Gambaran : 2 jilid
Sedikit pengenalan
mengenai Zainuddin Abil Fadhi ‘Abdur Rahim bin Al-Husin Al-Iraqi: Beliau wafat
pada 806H yang mana beliau adalah salah seorang dari beberapa ‘ulama yang
berusaha mentakhrij (mengeluarkan) hadith-hadith dalam kitab Ihya
Ulumuddin ini dan menjelaskan derajat tiap-tiap hadith menurut tingkatan sohih,
hasan dan dhoif yang ada dijelaskan dihamish (nota kaki) kitab ini.
Manakala ‘Abdul Qadir bin Syeikh bin Abdullah bin Al-Aidarus wafat pada 1039H.
Manhaj Penulisan Kitab:
Di awal penulisan
kitab ini ada dijelaskan :
1)
Biodata
Imam al-Ghazali, muallif (penulis) kitab.
2)
Biodata
Al-Iraqi.
3)
Muqaddimah.
4)
Isi Kitab.
Pada asasnya,
isi kitab ini terbahagi kepada 4 Arba’
(bahagian) iaitu :
1)
ربع العبادات
2)
ربع العادات
3)
ربع المهلكات
4)
ربع المنجيات
Kalau dirujuk
penyusunan kitab ini kita akan dapati dalam setiap rubu’ ini ada kitab
dan dibawah kitab lagi ada bab, fasal, qisim, nau’
dan banyak lagi.
Imam Al-Ghazali
mengeluarkan dalil dalam setiap yang dibincangkan dengan mendatangkan
dalil-dalil bersumberkan dari Al-Quran diikuti dengan hadith-hadith Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, athar para sahabat dan tabi’in dan
dimasukkan juga hikmah hidup dari kalangan orang soleh dan kutipan-kutipan yang
bermanfaat baik sumber dari sejarah hidup individu maupun kehidupan sosial
masyarakat.
Hadaf (tujuan)
penulisan kitab:
Antara sebab Imam
Al-Ghazali Rahimahullah menulis kitab ini ialah :
1.
Kelemahan manusia
untuk mengetahui rahsia-rahsia agama.
2.
Kelemahan
mereka dalam mengikuti pengajaran agama, akhlaknya dan adabnya.
Keistimewaan kitab:
Kitab ini cukup
istimewa sebab ianya mencakup beberapa isi keilmuan diantaranya :
1)
Sisi
Syariat : menjelaskan
berbagai hukum Fiqh dan ilmu Usul Fiqh.
2)
Sisi Akidah
dan Falsafah :
membahaskan ilmu Kalam dan permasalahan Falsafah.
3)
Sisi
Tasawwuf : ilmu
penyucian jiwa.
Dan kitab ini bukan
saja menjelaskan akan sesuatu amalan tapi juga mengupas rahsia-rahsia disebalik
pensyariatan amalan tersebut. Itu keistimewaan secara dakhili (dalaman).
Manakala secara khariji
(luaran) pula, kitab ihya ulumuddin mendapat sambutan hangat dan penghargaan
yang tinggi dari para ‘ulama sehinggakan banyak ‘ulama mentahzib
(meyusun) semula kitab ihya ulumuddin termasuk imam Al-Ghazali sendiri.
‘Ulama lain yang
berjaya meringkas kitab Ihya adalah Syeikh Syamsu Muhammad bin Ali Al-Ajluni yang
wafat pada tahun 813H/1410M, Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Ghazali iaitu adiknya
Imam Al-Ghazali sendiri, wafat pada tahun 520H/1126M dan al-Hafidz Jalaluddin
As-Suyuthi rahimahullah, wafat pada tahun 911H/1505M.
Kritikan dan
Iktiraf:
Di samping mendapat
sambutan hangat dan penghargaan, kitab ini tidak kurang juga mendapatkan
beberapa kritikan diantaranya :
1.
Kitab ini
mengandungi lafaz dan istilah yang rumit difahami oleh orang awam.
2. Imam Al-Ghazali
banyak menguatkan pembahasannya dengan berbagai hadith dhoif dan maudhu’.
Kritikan yang
pertama dijawab oleh Imam Al-Ghazali sendiri dengan menulis 2 kitab yang
bertajuk al-Ajwibah al-Musykilah dan al-imla fi Isykilat al–Ihya
yang mana ta’rif (pengenalan)nya ada ditulis di akhir kitab Ihya
Ulumuddin.
Kritikan
yang kedua pula dijawab oleh Tajuddin as-Subki dalam kitab Thabaqat asy-Syafi’iyah al-Kubra. Beliau menjelaskan hadith
yang digunakan selalu dijadikan rujukan bagi kitab lain bahkan al-Hafidz
al-Iraqi menegaskan bahawa hadith di dalam kitab Ihya bukanlah hadith maudhu’
(palsu), meskipun ada diantaranya ada yang dhaif dan Imam Ghazali rahimahullah
hanya mengambil makna tersirat dari hadith dhaif tersebut.
PERBAHASAN
& ISI KANDUNGAN KITAB
ربع العبادات
Bahagian Ibadat
1. كتاب العلم (Kitab ilmu).
Imam
Al-Ghazali ada berkata mengenai ilmu, yang kira-kira bermaksud “ilmu itu
menghidupkan hati yang buta, menerangi jiwa dari kegelapan, menguatkan jasmani
dari kelemahan sehingga dapat mengangkat darjat hamba ke tingkat golongan
orang-orang soleh”.
2. كتاب قواعد العقيدة (Kitab kaedah-kaedah beraqidah).
Penulis
banyak membincangkan mengenai aqidah ahli sunnah wal jamaah, mengenali zat
Allah dan banyak lagi.
3. كتاب أسرار الطهارة (Kitab rahsia-rahsia dalam bersuci).
Di sini
penulis banyak menerangkan cara-cara bersuci , cara-cara mandi. Tidak hanya
terhad pada cara-caranya sahaja, Imam Al-Ghazali juga membahaskan tentang
rahsia-rahsia dan fadhilat-fadhilat bersuci.
4. كتاب أسرار الصلاة ومهماتها (Kitab rahsia – rahsia solat dan
kepentingannya).
Imam
Al-Ghazali ada menyebutkan hadis Rasulullah s.a.w , yang kira-kira bermaksud ,”
Solat itu penghapus dosa yang dilakukan antara satu solat dengan yang lainnya
selama dosa-dosa besar dijauhi” - أخرجه المسلم.
5. كتاب أسرار الزكاة (Kitab rahsia – rahsia zakat).
6. كتاب أسرار الصيام (Kitab rahsia – rahsia puasa).
7. كتاب أسرار الحج (Kitab rahsia – rahsia haji).
8. كتاب آداب تلاوة القرآن (Kitab adab membaca Al-Quran).
Imam
Al-Ghazali mengambil hadis Rasulullah s.a.w yang kira-kira bermaksud, “
barangsiapa yang menafsirkan al-quran dengan
tafsirannya sendiri, maka hendaklah ia menyediakan tempat duduknya di
neraka “ – أخرجه المسلم
9. كتاب الأذكار والدعوات (Kitab zikir-zikir dan doa–doa).
10. ترتيب الأوراد وتفصيل إحياء الليل (Tertib wirid-wirid dan huraian
mengenai menghidupkan malam).
ربع
العادات
Bahagian Adat
Kebiasaan
Di
dalam bahagian ini terdapat 10 kitab:
1) كتاب آداب الأكل (Kitab adab
makan).
Kata
Imam Al-Ghazali rahimahullah, mafhumnya, orang yang mempunyai akal, tujuannya
adalah untuk berjumpa dengan Allah di dar ath-thawab (tempat pahala), dan tidak
ada jalan untuk sampai berjumpa dengan Allah Ta’ala kecuali dengan ilmu dan
amal, dan kita tidak akan dapat istiqomah melakukan dua perkara ini (ilmu dan
amal) kecuali dengan badan yang sehat. Badan yang sehat itu adalah kesan
daripada makanan-makanan kita. Maka kerana itu Imam Al-Ghazali rahimahullah
menerangkan tentang adab makan.
2) كتاب آداب النكاح (Kitab adab
nikah).
Di
dalam kitab ini Imam Al-Ghazali rahimahullah ada menerangkan mengenai anjuran
bernikah, fadilat-fadilat nikah dan juga Imam Al-Ghazali juga ada menerangkan
tentang keburukan / kerugian bernikah. Terdapat juga mengenai adab-adab
kehidupan berumahtangga dan cara-cara agar perkahwinan itu kekal.
3) كتاب
آداب الكسب والمعاش (Kitab adab bekerja atau penghasilan atau pendapatan
dan kehidupan).
Isi
kitab ini merangkumi pembahasan seperti jual beli dan riba. Dan ada juga
penerangan mengenai keadilan dan larangan melakukan kezaliman dalam pergaulan
(mu’amalah).
4) كتاب الحلال والحرام (Kitab
halal dan haram).
Diantara
yang dibincangkan dalam kitab ini ialah peringkat-peringkat syubhat dan cara
untuk membezakan yang syubhat dengan yang halal dan yang haram.
5) كتاب
آداب الألفة والأخوة والصحبة والمعاشرة مع أصناف الخلق (Kitab adab
ukhuwwah dan persahabatan dan adab bergaul dengan semua makhluk).
Terdapat
penjelasan mengenai apa itu ukhuwwah fillah dan kelebihan ukhuwwah fillah
daripada ukhuwwah fid dunya. Imam Al-Ghazali rahimahullah juga ada memberitahu
mengenai “بيان البغض في الله” yang bermaksud “marah atau benci kerana
Allah”. Ada penjelasannya dalam bab ini, bila kita mencintai seseorang kerana
Allah maka menjadi satu kemestian bagi kita untuk merasai kebencian atau
kemarahan kerana Allah, maksudnya jika
kita menyayangi seseorang kerana Allah, dan orang itu melakukan maksiat
kepada Allah, kita sepatutnya marah. Marah di sini bermaksud marah kerana Allah,
al-bughdu fillah.
6) كتاب آداب العزلة (Kitab adab
ber-uzlah).
Uzlah
ini seperti yang kita tahu, ertinya ialah menyendiri untuk beribadah kepada
Allah. Dalam ber-uzlah ini pun ada adab-adabnya.
7) كتاب آداب السفر (Kitab adab
belayar).
Dalam
kitab ini Imam Al-Ghazali rahimahullah ada menerangkan mengenai adab-adab
seorang musafir dari awal perjalanannya sehingga dia pulang. Ada juga
penjelasan mengenai rukhsah (keringanan-keringanan) ketika belayar, tanda-tanda
kiblat dan waktu-waktu solat.
8) كتاب آداب السماع والوجد.
Adapun
السماع ini bermaksud sesuatu yang kita dengar, seperti
musik, nasyid dan qasidah. Sebagai contoh, timbulnya persoalan, apakah
dibolehkan mendangar musik? Jawapannya ada di dalam kitab Ihya ni. Manakala الوجد
beerti hati. Kaitan السماع ini dengan الوجد
adalah apa-apa sahaja perkara yang kita dengar ia akan turun ke hati. Dan dari
hati itu ia akan menjadi pergerakan kita.
9) كتاب الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر
(Kitab mengajak melakukan perkara yang baik dan melarang daripada kemunkaran).
Antara
yang diterangkan oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah dalam bab ini adalah
bagaimana cara untuk mengajak para pemerintah atau ketua-ketua untuk melakukan
perkara yang baik dan menasihati mereka untuk meninggalkan perkara-perkara
munkar.
10) كتاب
آداب المعيشة وأخلاق النبوة (Kitab adab kehidupan dan akhlak Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa sallam).
Terdapat
penjelasan tentang Allah Ta’ala mengajarkan adab kepada Rasulullah SAW melalui
al-Quran.
ربع
المهلكات
Bahagian Perkara-Perkara Yang Membinasakan
المهلكات merupakan bahagian ketiga daripada
empat bahagian dan ia berada di bawah golongan
علم المعاملة (ilmu mengenai amalan-amalan), bahagian علم
باطن (ilmu mengenai
hati) yang membincangkan mengenai perkara-perkara yang tercela.
Susunan
kitab ini begitu rapi, ia menyentuh bahagian المهلكات
sebelum masuk kepada bahagian المنجيات
(perkara-perkara yang menyelamatkan).
Adapun
perkara awal sekali yang diterangkan di dalam المهلكات ialah tentang;
1. كتاب
شرح عجائب القلب (Kitab
mengenai keajaiban-keajaiban hati).
Apa yang
menakjubkan mengenai hati? Hati yang bagaimana yang dimaksudkan? Adakah hati, daging beserta
urat-urat darahnya? Atau hati bathin yang lembut, yang perlu diketahui hakikat
sifat-sifatnya, keadaan-keadaannya, supaya dapat kita berurusan dengannya
di dalam amalan hamba Allah.
Turut
dinyatakan di dalam kitab ini, bahawa hati ini merupakan ciptaan Allah dan
kurniaan Allah khas buat manusia agar dapat membantu mereka di dalam perjalanan
mengenal Allah, Ma’rifatullah, bukan anggota badan.
Manakala,
anggota tubuh itu, mereka yang menjadi pengikut hati, pembantu hati dan sebagai
alat kepada hati.
Di dalam
kitab ini, ada membincangkan mengenai ;
· Perbezaan antara nafsu, ruh, hati dan
aqal.
· Tentera-tentera hati.
· Sifat-sifat hati dan contohnya.
· Perbezaan kurniaan ilham dan kurniaan
ilmu dan perbezaan cara ahli sufi di dalam menyingkap kebenaran dan ahli kaji.
· Kekuasaan Syaitan terhadap hati adalah
melalui bisikan.
· Pintu masuk Syaitan ke dalam hati.
· Pencerahan mengenai kecepatan perubahan
hati.
Dan banyak lagi tajuk-tajuk yang dibincangkan di dalam kitab yang pertama ini.
Dan banyak lagi tajuk-tajuk yang dibincangkan di dalam kitab yang pertama ini.
2. كتاب رياضة النفس (Kitab mengenai didikan nafsu).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
· Kelebihan akhlaq yang terpuji dan celaan
akhlaq yang buruk.
· Penerimaan akhlaq untuk perubahan dengan
menerapkan latihan.
· Penerangan mengenai alamat-alamat
penyakit hati dan tanda-tanda hati itu kembali sihat.
· Cara-cara mendidik anak dari kecil.
3. كتاب آفات الشهوتين :شهوة البطن وشهوة الفرج (Kitab mengenai kerosakan-kerosakan dua syahwat (perut dan faraj).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
3. كتاب آفات الشهوتين :شهوة البطن وشهوة الفرج (Kitab mengenai kerosakan-kerosakan dua syahwat (perut dan faraj).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
· Kelebihan lapar dan keburukan kenyang.
· Penerangan mengenai cara melatih diri
untuk memecahkan syahwat perut.
· Perbincangan mengenai syahwat faraj.
4. كتاب آفات اللسان (Kitab mengenai bahaya-bahaya lisan). Di dalamnya ada 20 bahaya lisan.
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
4. كتاب آفات اللسان (Kitab mengenai bahaya-bahaya lisan). Di dalamnya ada 20 bahaya lisan.
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
· Penerangan mengenai besarnya bahaya lisan
dan kelebihan diam.
· Berkata-kata mengenai sesuatu yang tidak
engkau perlukan.
· Panjang bicara.
· Berdebat.
· Melaknat.
· Bercanda.
· Membuka rahsia.
· Mengumpat.
· Memuji.
5. كتاب ذم الغضب والحقد والحسد (Kitab mengenai celaan terhadap sifat pemarah, iri hati ; sentiasa merasa berat hati terhadap seseorang yang tertentu, benci terhadapnya, kekal tidak redha terhadapnya, berdendam dan hasad dengki ; benci orang lain memiliki nikmat tertentu dan berkeinginan untuk menghilangkannya).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai ;
5. كتاب ذم الغضب والحقد والحسد (Kitab mengenai celaan terhadap sifat pemarah, iri hati ; sentiasa merasa berat hati terhadap seseorang yang tertentu, benci terhadapnya, kekal tidak redha terhadapnya, berdendam dan hasad dengki ; benci orang lain memiliki nikmat tertentu dan berkeinginan untuk menghilangkannya).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai ;
· Penerangan mengenai kejian terhadap sifat
marah.
· Apakah mungkin menghilangkan rasa marah
dengan latihan.
· Kelebihan sifat ramah.
· Kelebihan sifat berlembut.
· Hakikat Hasad, hukumnya, pembahagiannya,
dan peringkat-peringkatnya.
· Pencerahan mengenai ubat yang boleh
menyembuhkan penyakit hasad di dalam hati.
6. كتاب ذم الدنيا (Kitab mengenai celaan terhadap dunia).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
6. كتاب ذم الدنيا (Kitab mengenai celaan terhadap dunia).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
· Apa yang dimaksudkan dengan celaan
terhadap dunia.
· Sifat dunia dan contohnya.
· Hakikat dunia dan ciri-cirinya di dalam
hak hamba.
7. كتاب ذم البخل وذم حب المال (Kitab mengenai celaan terhadap sifat kikir dan cintakan harta).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
7. كتاب ذم البخل وذم حب المال (Kitab mengenai celaan terhadap sifat kikir dan cintakan harta).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
· Keburukan harta.
· Penerangan mengenai celaan untuk tamak
dan pujian terhadap perasaan cukup dan tidak menginginkan apa yang ada pada
manusia.
· Pencerahan mengenai kesembuhan penyakit
bakhil.
8. كتاب ذم الجاه والرياء (Kitab mengenai celaan terhadap kemegahan atau kedudukan ; menginginkan dengan kedudukannya sesuatu dan sifat riya’ ; menginginkan kelihatan baik di hati manusia).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai ;
· Kejian terhadap kemasyhuran dan
penyebaran gelaran nama baik.
· Celaan menyukai pangkat.
· Peringkat-peringkat sifat riya’.
· Pencerahan mengenai meninggalkan
perbuatan taat oleh kerana takut akan riya’.
· Seorang murid hendaklah boleh melazimi
nafsu dirinya sebelum buat sesuatu amal, setelahnya dan ketika melakukannya.
9. كتاب ذم الكبر والعجب (Kitab mengenai celaan terhadap sifat sombong ; menganggap diri lebih sempurna daripada yang lain dan sifat bangga diri ; membesar-besarkan nikmat yang diberikan kepadanya seolah-olah ia memiliki kedudukan yang benar di sisi Allah dan lupa ia adalah pemberian dari yang Maha Memberi).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
· Kejian terhadap sifat sombong dan bangga
diri.
· Kelebihan rendah diri.
· Hakikat sombong dan bahayanya.
· Penerangan mengenai apa yang membuatkan
seseorang itu sombong.
· Pencerahan mengenai bahaya bangga diri.
· Penyembuhan sifat bangga diri secara
umum.
· Jenis-jenis sifat bangga diri dan penerangan
lebih khusus mengenai cara penyembuhannya.
10. كتاب ذم الغرور (Kitab mengenai celaan terhadap tipu daya).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
10. كتاب ذم الغرور (Kitab mengenai celaan terhadap tipu daya).
Di dalam kitab ini, ada membincangkan mengenai:
· Celaan tipu daya, hakikatnya dan
contoh-contohnya.
· Penerangan mengenai kumpulan-kumpulan
yang tertipu dan pembahagian pecahan bagi setiap kumpulan.
Berkata Imam AlGhazali rahimahullah :
“ Adapun al-Muhlikaat yang seper-empat ini, maka di dalamnya terkandung semua akhlaq-akhlaq tercela yang ada disebutkan di dalam Al-Qur’an, di mana Al-Qur’an menyatakan mengenai suruhan untuk menjauhinya, menyucikan nafsu@diri darinya dan menjernihkan hati darinya.
Berkata Imam AlGhazali rahimahullah :
“ Adapun al-Muhlikaat yang seper-empat ini, maka di dalamnya terkandung semua akhlaq-akhlaq tercela yang ada disebutkan di dalam Al-Qur’an, di mana Al-Qur’an menyatakan mengenai suruhan untuk menjauhinya, menyucikan nafsu@diri darinya dan menjernihkan hati darinya.
Di dalamnya, akan disebutkan juga secara terperinci setiap satu akhlaq-akhlaq tersebut mengikut pembatasan makna masing-masing, hakikat akhlaq tersebut, kemudian, apa yang akan terhasil daripadanya, yang membawa kepada kebahayaan-kebahayaannya tersendiri, ada juga yang memberitahukan mengenai alamat-alamat atau tanda-tanda akhlaq-akhlaq tersebut. Setelah itu, dinyatakan pula baqaimana untuk memperbaiki serta menyelesaikan masalah akhlaq yang tercela itu.
Semua kandungan ini turut dikaitkan dengan bukti-bukti atau dalil-dalil daripada alQur’an, Hadith dan juga Athaar ”.
ربع
المنجيات
Bahagian Perkara-Perkara Yang Menyelamatkan
Rubu’ yang keempat
dalam kitab Ihya Ulumuddin membincangkan tentang tajuk Munjiyyat
. Imam Al-Ghazali membahagikan tajuk ini kepada 10 kitab :
1. التوبة
2. الصبر والشكر
3. الخوف والرجاء
4. الفقر والزهد
5. التوحيد والتوكل
6. المحبة والشوق والأنس والرضا
7. النية والصدق والإخلاص
8. المراقبة والمحاسبة
9. التفكر
10. ذكر الموت
Dalam Munjiyyat
ini, Imam Al-Ghazali Rahimahullah
Ta’ala menyebut semua akhlak yang terpuji yang dilakukan oleh orang
Muqarrabin dan Siddiqin serta menyebutkan juga had, hakikat, sebab-sebab untuk
mendapatkan akhlak tersebut , buahnya ( natijah ) , tanda-tanda untuk
mengetahuinya, kelebihannya serta mendatangkan dalil daripada syarak dan akal.
Berkata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali bahawa, الخوف adalah teman yang akrab bagi الرجاء
.
الخوف mendorong dengan cara الرهبة
, manakala
الرجاء mendorong dengan cara الرغبة
. Kedua-dua
cara ini mendekatkan hamba kepada Allah Ta’ala.
Kedua-dua akhlak ini terhasil dari 3 perkara : -
1. Hal : Mendorong atau membawa seorang hamba untuk beramal.
2. Ilmu : Adalah sebab seorang hamba membuat sesuatu amalan.
3. Amal: Apabila ilmu dan hal bergabung.
حال الرجاء terhasil dari mujahadah
yang panjang dalam melakukan amalan serta berterusan dalam melakukan ketaatan.
Kesannya :
Merasa kelezatan bertemu dengan Allah SWT secara terus-menerus, merasa nikmat
bermunajat KepadaNya, merasa nyaman atau senang bila tertaut denganNya.
Beramal dengan الرجاء adalah paling tinggi dari الخوف.
1. الخوف bermaksud takut akan azab Allah
Ta’ala.
2. الرجاء bermaksud mengharapkan pahala
daripada Allah Ta’ala.
Oleh itu seorang hamba digalakkan untuk berharap (الرجاء)
dan berbaik sangka (حسن الظن) lebih-lebih lagi pada saat
sakaratul maut. Allah Ta’ala berfirman : {{ لا تقنطوا من
رحمة الله }} yang kira-kira bermaksud: Janganlah kamu berputus asa
daripada rahmat Allah. Lawan bagi sifat الرجاء
ialah اليأس iaitu putus asa.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda {{
لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله تعالى }} kira-kira
bermaksud : Janganlah salah seorang diantara kalian mati melainkan ia harus
bersangka baik pada Allah.
Imam Al-Ghazali berkata sesungguhnya الرجاء
ini adalah ubat bagi salah satu dari dua jenis
kelompok manusia:
1. Manusia yang berputus asa lalu ia meninggalkan ibadah.
2. Manusia yang merasa takut lalu ia berlebih-lebihan dalam
melazimi ibadah sehingga ia memudharatkan dirinya dan ahli keluarganya.
Kedua-dua kelompok ini adalah orang yang melencong dari
jalan yang lurus. Maka dengan itu mereka memerlukan solusi untuk kembali ke
jalan yang lurus. Iaitu jalan yang tengah-tengah (طريقة
الوسطية).
الرجاء adalah khusus dipraktikkan oleh orang
yang berputus asa melalui cara meneladani Al-Quran dan Sunnah Rasulullah صلى
الله عليه وسلم .
2 perkara yang boleh menimbulkan rasaالرجاء
:
1. الاعتبار ( mengambil pengajaran) :
·
Memerhatikan jenis-jenis nikmat (yang mana ada
dijelaskan di dalam kitab syukur).
·
Memerhatikan hikmah-hikmah syariah, aturan syariat
dalam kemaslahatan dunia dan bentuk rahmat Allah pada hamba-hambaNya.
2. استقراء الآيات والأخبار والآثار (meneliti ayat-ayat Al-Quran, hadith-hadith
dan athar). Allah berfirman : {{ قل يعبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا
تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعا إنه هو الغفور الرحيم }}
Yang kira-kira bermaksud : Wahai hamba-hambaKu yang
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah
yang Maha Pengampun , Maha Penyayang. ( Az-Zumar : 53 )
Daripada Akhbar , telah diriwayatkan oleh Abu Musa ,
sesungguhnya Rasulullah bersabda : (( Umatku adalah umat marhumah, tidak ada
azab keatasnya di akhirat kerana Allah telah mempercepatkan azabnya di dunia
dengan gempa dan fitnah , maka apabila datang hari kiamat, bertemu semua umatku
dengan ahli kitab, lalu ahli kitab itu berkata : Itulah penebus kamu dari api
neraka )).
Disediakan oleh :
Nur ‘Afiqah bt Boestaman
Nur Intan Aqilah bt Haji Abd Razak
Nurul Adilah bt Haji Abu Bakar
Zulfa Farhina bt DSS Haji Md Zaimi
Nur Aqilah bt Salleh
Munjiah bt Haji Johari
Nur ‘Afiqah bt Boestaman
Nur Intan Aqilah bt Haji Abd Razak
Nurul Adilah bt Haji Abu Bakar
Zulfa Farhina bt DSS Haji Md Zaimi
Nur Aqilah bt Salleh
Munjiah bt Haji Johari
Disemak oleh :
Hilman Bin Hj Salim
Hilman Bin Hj Salim
Rujukan:
Kitab Ihyaa ‘Ulumuddin
Kitab Ayyuhal Walad
Kitab Syakhsiat Islamiyyah Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali karangan Dr. Hamzah An-Nashrati, Sheikh Abdul Hafiz Faraghli dan Dr. Abdul Hamid Mustofa.
Kitab Ihyaa ‘Ulumuddin
Kitab Ayyuhal Walad
Kitab Syakhsiat Islamiyyah Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali karangan Dr. Hamzah An-Nashrati, Sheikh Abdul Hafiz Faraghli dan Dr. Abdul Hamid Mustofa.
No comments:
Post a Comment