Friday, January 31, 2014

Maulid ArRasul

Zikir, Selawat & Qasidah Hiasi Majlis-Majlis Sambutan Maulidur Rasul Sallahu ‘Alaihi Wasallam

Oleh : Siti Musfirah Misli


12hb Rabi’ul Awwal adalah sebuah tarikh yang menyisip lipatan sejarah agung bagi umat Islam keseluruhannya memandangkan pada tarikh inilah junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam, penghulu para Anbiyaa’ dilahirkan sebagai rahmat sekalian alam.

Rata-rata sekalian umat Islam di segenap pelusuk dunia dalam bulan yang penuh berkat ini tidak melepaskan peluang untuk memperbanyakkan selawat ke hadrat al-Habeeb Sayyidil Mursaleen bagi menzahirkan rasa cinta yang mendalam dan rasa kesyukuran serta kegembiraan atas kedatangan 12hb Rabi’ul Awwal yang sentiasa diingati.

Penduduk-penduduk Dar as-Salam dalam pada itu juga tidak ketinggalan dalam sama-sama meraikan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussala  di Kaherah melalui Unit Agama dan Akhlak telah mengadakan Majlis Sambutan MAulidur Rasul SAW pada 14hb Januari 2014 yang lalu. Majlis yang dinamakan ‘Darussalam Berselawat’ ini mengambil tempat d Surau Dar as-Salam, dimulakan setelah usai solat Maghrib berjemaah dijalankan.

Intipati ‘Darussalam Berselawat’ pada hari tersebut adalah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak. Beliau antara lain mengingatkan para hadirin untuk tidak mengambil dengan mudah pendapat sebahagian pihak yang mengatakan bahawa sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW ada sebuah perkara bid’ah. Begitu juga beliau menyeru dan mengajak untuk sama-sama lebih memperbanyakkan selawat ke hadrat Nabi Muhammad SAW dan memahami makna serta inti selawat yang sering kita alunkan mahupun nyanyikan

Majlis pada hari tersebut juga dihiasi dengan alunan-alunan selawat dan qasidah oleh para mahasiswa dan mahasiswi Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam dan tayangan video petikan ceramah-ceramah mengenai fadilat-fadilat menyambut Maulidur Rasul SAW dari Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani dan Syeikh .

Majlis tersebut adapun telah diadakan pembukaannya pada 02hb Januari yang lalu, yang mana Unit Agama dan Akhlak telak mula mengadakan dikir-dikir Syarafil Aanam di surau Dar asSalam. Ianya dilanjutkan selama 12 malam berturut-turut sehingga majlis kemuncak ‘Darussalam Berselawat’ yang diadakan pada 14hb Januari yang lalu.

Dalam pada itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Mohd. Mahdi beserta keluarga beliau, juga tidak lupa untuk mengungkayahkan sebuah majlis sambutan Maulidur Rasul SAW di bertempat di kediaman beliau di Zamalek pada hari Jumaat, 31hb Januari 2014M yang lalu.

Majlis yang berkenaah telah diselajurkan dengan Majlis Perpisahan bagi Yang Mulia Tuan Haji Aziman bin Haji Zaman yang baru menamatkan perkhidmatan beliau di pejabat Kedutaan setelah berkhidmat sebagai Pegawai Pegawai Perhubungan Pelajaran dan Kebudayaan selama enam tahun.
Bermula setelah selesai Solat Fardhu Asar secara berjemaah: qasidah dan zikir sekali lagi dialunkan di majlis yang penuh berkat tersebut, bagi menambah kemeriahan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW. TYT Dato PAduka Awang Haji Mohd. Mahdi seterusnya telah berkesudian menyampaikan ucapan beliau seterusnya menyampaikan hadiah penghargaan kepada Tuan Haji Aziman bin Haji Zaman.

Majlis tersebut diserikan dengan ceramah khas disampaikan oleh penceramah bebas undangan dari Malaysia, Yang Mulia Ustaz Don Danial. Adapun beliau telah berbesar hati menyampaikan beberapa tazkirah yang padat dan berisi yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar bagi menjalani kehidupan di muka bumi ini.

Majlis ditutup dengan solat Isya’ yang diimamkan oleh Yang Mulia Ustaz Don Danial.

Manfaat dan fadilat yang boleh kita perolehi dari sambutan Maulidur Rasul ini pada hakikatnya adalah tidak dapat dihitung dengan bilangan. Apapun kita berdoa dan berusaha semoga di masa akan datang kita akan sentiasa memperbaiki diri dan memperbanyakkan lebih banyak selawat ke hadrat Rasul yang kita cintai, Muhammad Sayyidil Mursaleen. Semoga dengan itu akan terasuh dan tertanam dalam jiwa kita rasa cinta yang lebih menggunung kepada Nabi kita Muhammad, imamul Muttaqin.
























































































































No comments:

Post a Comment