Zikir, Selawat & Qasidah Hiasi Majlis-Majlis Sambutan Maulidur Rasul Sallahu ‘Alaihi Wasallam
Oleh : Siti Musfirah Misli
12hb Rabi’ul Awwal adalah
sebuah tarikh yang menyisip lipatan sejarah agung bagi umat Islam
keseluruhannya memandangkan pada tarikh inilah junjungan besar kita Nabi
Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam, penghulu para Anbiyaa’ dilahirkan sebagai
rahmat sekalian alam.
Rata-rata sekalian umat
Islam di segenap pelusuk dunia dalam bulan yang penuh berkat ini tidak
melepaskan peluang untuk memperbanyakkan selawat ke hadrat al-Habeeb Sayyidil
Mursaleen bagi menzahirkan rasa cinta yang mendalam dan rasa kesyukuran serta
kegembiraan atas kedatangan 12hb Rabi’ul Awwal yang sentiasa diingati.
Penduduk-penduduk Dar
as-Salam dalam pada itu juga tidak ketinggalan dalam sama-sama meraikan tarikh
kelahiran Nabi Muhammad SAW. Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussala di Kaherah melalui Unit Agama dan Akhlak
telah mengadakan Majlis Sambutan MAulidur Rasul SAW pada 14hb Januari 2014 yang
lalu. Majlis yang dinamakan ‘Darussalam Berselawat’ ini mengambil tempat d
Surau Dar as-Salam, dimulakan setelah usai solat Maghrib berjemaah dijalankan.
Intipati ‘Darussalam
Berselawat’ pada hari tersebut adalah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh
Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak. Beliau antara lain mengingatkan para hadirin
untuk tidak mengambil dengan mudah pendapat sebahagian pihak yang mengatakan
bahawa sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW ada sebuah perkara bid’ah. Begitu
juga beliau menyeru dan mengajak untuk sama-sama lebih memperbanyakkan selawat
ke hadrat Nabi Muhammad SAW dan memahami makna serta inti selawat yang sering
kita alunkan mahupun nyanyikan
Majlis pada hari tersebut
juga dihiasi dengan alunan-alunan selawat dan qasidah oleh para mahasiswa dan
mahasiswi Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam dan tayangan video petikan
ceramah-ceramah mengenai fadilat-fadilat menyambut Maulidur Rasul SAW dari
Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani dan Syeikh .
Majlis tersebut adapun
telah diadakan pembukaannya pada 02hb Januari yang lalu, yang mana Unit Agama
dan Akhlak telak mula mengadakan dikir-dikir Syarafil Aanam di surau Dar
asSalam. Ianya dilanjutkan selama 12 malam berturut-turut sehingga majlis
kemuncak ‘Darussalam Berselawat’ yang diadakan pada 14hb Januari yang lalu.
Dalam pada itu, Duta Besar
Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Tuan Yang Terutama
Dato Paduka Awang Haji Mohd. Mahdi beserta keluarga beliau, juga tidak lupa
untuk mengungkayahkan sebuah majlis sambutan Maulidur Rasul SAW di bertempat di
kediaman beliau di Zamalek pada hari Jumaat, 31hb Januari 2014M yang lalu.
Majlis yang berkenaah
telah diselajurkan dengan Majlis Perpisahan bagi Yang Mulia Tuan Haji Aziman
bin Haji Zaman yang baru menamatkan perkhidmatan beliau di pejabat Kedutaan
setelah berkhidmat sebagai Pegawai Pegawai Perhubungan Pelajaran dan Kebudayaan
selama enam tahun.
Bermula setelah selesai
Solat Fardhu Asar secara berjemaah: qasidah dan zikir sekali lagi dialunkan di
majlis yang penuh berkat tersebut, bagi menambah kemeriahan Majlis Sambutan
Maulidur Rasul SAW. TYT Dato PAduka Awang Haji Mohd. Mahdi seterusnya telah
berkesudian menyampaikan ucapan beliau seterusnya menyampaikan hadiah
penghargaan kepada Tuan Haji Aziman bin Haji Zaman.
Majlis tersebut diserikan
dengan ceramah khas disampaikan oleh penceramah bebas undangan dari Malaysia,
Yang Mulia Ustaz Don Danial. Adapun beliau telah berbesar hati menyampaikan
beberapa tazkirah yang padat dan berisi yang boleh dijadikan pengajaran dan
iktibar bagi menjalani kehidupan di muka bumi ini.
Majlis ditutup dengan
solat Isya’ yang diimamkan oleh Yang Mulia Ustaz Don Danial.
Manfaat dan fadilat yang
boleh kita perolehi dari sambutan Maulidur Rasul ini pada hakikatnya adalah
tidak dapat dihitung dengan bilangan. Apapun kita berdoa dan berusaha semoga di
masa akan datang kita akan sentiasa memperbaiki diri dan memperbanyakkan lebih
banyak selawat ke hadrat Rasul yang kita cintai, Muhammad Sayyidil Mursaleen.
Semoga dengan itu akan terasuh dan tertanam dalam jiwa kita rasa cinta yang
lebih menggunung kepada Nabi kita Muhammad, imamul Muttaqin.