Intercontinel
Hotel, Isnin, 16 Mei 2016 – Mahasiswa/Mahasiswi Brunei di
Kaherah berpeluang untuk beramah mesra dengan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Hj
Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam. Majlis ini
diselajurkan dengan ceramah daripada Yang Berhormat Pehin.
Acara majlis bermula tepat pada
pukul 4.30 petang dengan bacaan Ummul Kitab beramai-ramai, iaitu Surah
Al-Fatihah, yang diketuai oleh Ustaz Ak Ahmad Faris Ramadhani bin Pg Hj
Sellahuddin (Ketua Unit Agama dan Akhlak). Kemudian, acara diteruskan lagi
dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Hj Hussin,
Duta Besar Negara Brunei Darussalam. Setelah itu, ceramah pun disampaikan oleh
Yang Berhormat Pehin yang tajuknya ialah “Ilahi Selamatkan Brunei Darussalam”.
Dalam ceramahnya, Yang Berhormat Pehin menyentuh beberapa perkara yang
berkaitan dengan Negara Brunei Darussalam. Antaranya adalah penerangan lirik
lagu kebangsaan Brunei Darussalam, elemen/unsur Negara, sejarah Brunei dan
lain-lain lagi.
Selesai ceramah Yang Berhormat
Pehin, acara berehat seketika dengan menunaikan Solat Maghrib berjemaah. Selepas
itu majlis diakhiri dengan bacaan doa untuk menikmati jamuan, dan kemudiannya
sesi bergambar beramai-ramai.
gambar selebihnya, klik sini: