Disediakan Oleh:
Muhamad Adi Adham bin Ramlan
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah sesi 2015/2016
Bulan
Rabi’ul Awwal merupakan salah satu bulan yang paling agung dan mulia dalam
Taqwim Hijri. Ini kerana bulan ini adalah bulan kelahiran Rasul kita yang
dicintai, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Oleh itu, Pihak Badan
Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah (BKPBDK) tidak melepaskan
peluang keemasan ini untuk menyemarakkan malam Maulidurrasul yang mulia ini.
Majlis
Penutup Dikir Sempena Sambutan Maulidurrarasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ini
berlangsung pada Hari Selasa, 22hb Disember 2015 Masihi bersamaan dengan 12hb
Rabi’ul Awwal 1437H di Surau Darussalam. Turut serta dalam majlis ini Tuan Yang
Terutama Ustaz Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Duta Besar di Kedutaan Besar
Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir serta keluarga, Pegawai-Pegawai
Kedutaan yang lainnya serta keluarga dan Mahasiswa/Mahasiswi Brunei Darussalam
di Kaherah.
Acara
majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah selepas kedatangan Tuan Yang
Terutama. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Al-Fatihah bagi memulakan
dendangan Dikir Syarafil Anam dan Qasidah secara beramai-ramai bagi memeriahkan
lagi suasana majlis. Acara sedemikian ini setentunya memberikan peluang kepada
semua warga Brunei di Kaherah untuk turut merasakan kehangatan suasana
Maulidurrasul yang lazimnya diadakan di tanahair, Negara Brunei Darussalam. Di
samping itu juga, acara sebegini dapat menambahkan lagi rasa cinta kita
terhadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Setelah
itu, acara diteruskan dengan bacaan Doa Penutup Dikir yang diketuai oleh Ustaz
Haji Hazwan bin Haji Salim, dan Doa Peliharakan Sultan yang diketuai oleh Ketua
Unit Agama dan Akhlak iaitu Ustaz Ak Md Faris Ramadhani bin Pg Hj Sellahuddin
bagi memberkati majlis ini.
Majlis
selepas itu diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada salah
seorang Pegawai Kedutaan yang akan menamatkan khidmat bakti beliau di Kaherah,
Mesir, iaitu Tuan Haji Daud bin Haji Johari, yang mana beliau telahpun bertugas
hampir tiga tahun sebagai Setiausaha I. Setelah itu, pegawai yang baru dilantik
iaitu Tuan Haji Mohd Amirol Hafidzin bin Mohammad, Pegawai Baru (Setiausaha I)
telahpun memperkenalkan serba sedikit mengenai profil diri beliau kepada warga
BruCai.
Majlis
diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah, dan selepas itu diteruskan dengan
menikmati jamuan yang telah disediakan sebelum bersurai.