Disediakan Oleh:
Hj Ahmad Faiz bin Hj Daim
Ahli Unit Media Dan Publisiti
Badan Kebajikan Penuntut Negara Brunei Darussalam Di Kaherah sesi 2015/2016
Hari Sabtu, 7hb November 2015, Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKDK) telah mengadakan sebuah kempen kebersihan yang man kesemua mahasiswa dan mashasiswi diminta untuk turut serta bagi mengungkayahkan aktiviti tersebut. Antara tempat yang dibersihkan ialah kawasan luar dan sekitar bangunan Darussalam, surau, perpustakaan mini, dewan serbaguna (minihall), dapur dan tandas.

Dengan tema “Kempen Satu Brucai”
adalah bertujuan untuk melahirkan salah satu sifat mahmudah iaitu sifat
mementingkan kebersihan kerana ianya adalah sebahagian daripada iman. Antara tujuan
lain adalah untuk menanai sifat kerjasama di antara satu sama lain.
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ
وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ
“Dan
tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa”
(Surah Al-Maidah : 2)
Bermula jam 1 petang, semua ahli
BKPBDK dijemput untuk makan tengahari bertempat di minihall sebelum diarahkan
untuk bergotong-royong. Selepas itu di bahagikan tugas mengikut unit
masing-masing.
Mahasiswa daripada ahli-ahli UPDP dan
UMDP diarahkan untuk membersihkan kawasan lobi dan tangga menuju surau.
Sementara mahasiswa daripada ahli-ahli Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan
membersihkan kawasan lorong, bilik UKDK dan tandas lelaki dan ahli-ahli USDK membersihkan
kawasan lorong, bilik AJK dan juga tandas lelaki. Kesemua ahli UADA diarahkan untuk
mengemaskan Surau Darussalam dan perpustakaan mini.
Tidak lupa juga mahasiswi daripada
ahli-ahli UKDK, USDK dan UMDP ditugaskan untuk membersihkan kawasan minihall
dan tandas perempuan. Manakala mahasiswi dari UPDP ditugaskan untuk
membersihkan dewan serbaguna (mini hall) dan perpustakaan mini.
Alhamdulillah, kempen ini telah
berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama semua para mahasiswa dan
mahasiswi. Syabas dan diucapkan ribuan terima kasih diatas keprihatinan dan
tanggungjawab masing-masing bagi
menjayakan aktiviti ini.