Hari
Sabtu, 26hb September 2015M bersamaan dengan 12hb Zulhijjah 1436H - Alhamdulillah, majlis ibadah korban yag dikendalikan oleh Unit Agama Dan Akhlak
pada tahun ini telah berjalan dengan lancar. Majlis tersebut diadakan di
bangunan An-Nur dan Darussalam, Hayy Sadis, Kaherah, Mesir dan dihadiri oleh
Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Mesir, Tuan Yang Terutama Haji Abdul
Kahar bin Haji Hussin beserta keluarga dan pegawai-pegawai kedutaan yang lain
dan penuntut-penutut yang berada di Mesir.
Sebanyak
12 ekor kambing dan 2 ekor kerbau telah
pun dikorbankan pada hari tersebut. Penyembelihan bermula kira-kira pada jam
8.30 pagi. Daging-daging yang sudah disembelih dihantar ke Minihall untuk
dibahagi-bahagikan dan dimasak oleh mahasiswa-mahasiswi yang berada di Kaherah,
Mesir.
Sejurus
selepas menunaikan solat fardu Zohor berjemaah, majlis pengagihan daging korban
kepada pegawai-pegawai kedutaan dan penuntut-penuntut dimulakan. Acara dimulakan
dengan bacaan Al-Fatihah. Sesi pengagihan daging korban bagi pegawai-pegawai
kedutaan dan penuntut-penuntut lelaki telah diagihkan oleh Tuan Yang Terutama
Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin.
Manakala pengagihan daging korban bagi isteri-isteri pegawai kedutaan dan
penuntut-penuntut perempuan telah diagihkan oleh isteri Duta Besar, Ustazah
Sarimah binti Haji Ahmad.
Bagi
penutup majlis korban pada tahun ini, doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz
Awangku Muhd Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sallehuddin dan bersurai.
Untuk melihat gambar-gambar pada majlis tersebut, إضغط هنا